Cukai GST, Surah al-Khaf, GU, Erdogan, Liberalisme, Sekularisme, Jebon & Mabuk Ketum

Al-Kahfi-1-10-+Awal

Di akhir zaman Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan pesanan penting iaitu mengenai fitnah yang diumpamakan seperti malam yang gelap gelita. Malam bila kelam tanpa cahaya, apa pun tak nampak. Begitulah dahsyatnya suasana fitnah. Dengan bahasa yang lain, perkara yang jahat dilihat seolah-olah baik dan perkara yang baik dilihat seolah-olah jahat. Baginda S.A.W menjelaskan, suasana ini mencetuskan satu fenomena baru iaitu seseorang lelaki itu boleh menukar iman siang dan malam disebabkan satu faktor iaitu menjual agamanya kerana dunia.

Hadith yang dimaksudkan itu ialah :

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أو يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ من الدُّنْيا

Maksud: “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (syak perawi hadis) seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.

Suasana fitnah adalah ujian umat akhir zaman. Jalan keluar tetap ada. Iaitu dengan menghafaz Surah Al-Kahf ayat 1-10. Terdapatnya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

من حفِظ عشرَ آياتٍ من أولِ سورةِ الكهفِ ، عُصِمَ من الدَّجَّال

Maksudnya: Sesiapa yang menghafaz 10 ayat awal Surah al-Kahf, maka ia terselamat daripada fitnah dajjal.

yjbanner468

Mengapa 10 ayat? dan mengapa Surah Al-Khaf? dan bukan Surah yang lain?

Dalam Surah Al-Kahf ada menjelaskan mengenai kisah penting iaitu pemuda-pemuda yang menyelamatkan iman mereka dalam suasana fitnah iman berlaku dalam negara mereka dalam sebuah gua. Mereka ada membuat ‘permintaan’ kepada Allah S.W.T agar iman mereka dapat diselamatkan sebelum mereka ditidurkan oleh Allah S.W.T ratusan tahun lamanya.

Apakah permintaan itu?

Permintaan mereka terdapat dalam ayat yang ke 10 iaitu:

18_10

Maksud: (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Ayat di atas menjelaskan permintaan pemuda-pemuda tersebut iaitu mereka memohon rahmat daripada Allah S.W.T. Selepas mereka berdoa kepada Allah, akhirnya mereka ditidurkan oleh Allah S.W.T ratusan tahun lamanya. Itulah rahmat yang sesuai dengan zaman mereka iaitu ‘tidur dalam tempoh yang lama’ hingga mampu menyelamatkan iman mereka.

Anda sendiri maklum, bahawa amalan kita bukan penentu untuk masuk ke syurga, tetapi kita masuk ke dalam syurga adalah dengan sebab rahmat daripada Allah. Ertinya besarnya makna ‘rahmat’ yang dimaksudkan oleh al-Quran berbanding dengan maknanya yang kita faham dalam bahasa melayu.

Untuk lebih memahami kalimah ini, cuba kita renung kalimah rahmat ini di beberapa ayat-ayat al-quran yang lain. Antaranya:

1) Surah al-A’raf ayat 72

فَأَنجَيْنَاهُ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِّنَّا وَقَطَعْنَا دَابِرَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا وَمَا كَانُواْ مُؤْمِنِينَ

Maksud: Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.

Kisah di atas menceritakan bagaimana Nabi Hud A.S diselamatkan  dengan Rahmat daripada Allah.

2) Dalam Surah Hud ayat ke 58, Allah menjelaskan cerita yang sama dengan ayat berbeza. Sudah pasti ayat ini  memperkukuh kisah yang terdapat dalam Surah al-A’raf :

وَلَمَّا جَآءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا هُوداً وَٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِّنَّا وَنَجَّيْنَاهُمْ مِّنْ عَذَابٍ غَلِيظٍ

Maksud:Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras.

3) Dalam Surah Hud ayat 66, Allah menyelamatkan Nabi Soleh A.S juga menggunakan wasilah yang sama iaitu Rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T:

فَلَمَّا جَآءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا صَالِحاً وَٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِّنَّا وَمِنْ خِزْيِ يَوْمِئِذٍ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ ٱلْقَوِيُّ ٱلْعَزِيزُ

 Maksud: Maka ketika datang azab kami, kami selamatkan Soleh beserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

4) Dalam Surah Hud ayat 94, Allah menyelamatkan Nabi Syuaib juga dengan Rahmat-Nya. Firman Allah :

وَلَمَّا جَآءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا شُعَيْباً وَٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِّنَّا وَأَخَذَتِ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ الصَّيْحَةُ فَأَصْبَحُواْ فِي دِيَارِهِمْ جَاثِمِينَ

Maksud: Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

5) Dalam Surah Al-Anbiyak ayat 84, Allah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub, melalui rahmat dari Allah :

فَٱسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِن ضُرٍّ وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُمْ مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَذِكْرَىٰ لِلْعَابِدِينَ

Maksud: Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).

6) Dalam Surah Rum ayat 36, manusia merasa gembira apabila mendapat rahmat daripada Allah:

وَإِذَآ أَذَقْنَا ٱلنَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُواْ بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Maksud: Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

7) Dalam Surah al-Rum ayat 50, Allah menjelaskan bahawa menghidupkan bumi yang mati adalah merupakan kesan-kesan rahmat Allah:

فَٱنظُرْ إِلَىٰ آثَارِ رَحْمَتِ ٱللَّهِ كَيْفَ يُحْيِ ٱلأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَآ إِنَّ ذَلِكَ لَمُحْيِ ٱلْمَوْتَىٰ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

8) Dalam Surah al-Ahzab ayat 17, Allah menjelaskan tiada sesiapa yang boleh menyelamatkan kita selain Allah melalui rahmat-Nya:

قُلْ مَن ذَا ٱلَّذِي يَعْصِمُكُمْ مِّنَ ٱللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوۤءاً أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً وَلاَ يَجِدُونَ لَهُمْ مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَلِيّاً وَلاَ نَصِيراً

Maksud: Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? ” Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun – yang lain dari Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.

9) Dalam Surah Fathir ayat 2, tiada sesiapa yang boleh mencabar kuasa Allah jika seseorang itu diberikan rahmat dan jika Allah yang menghalang, tiada siapa yang boleh memberi:

مَّا يَفْتَحِ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلاَ مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلاَ مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

Maksud: Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

10) Dalam Surah al-Zukhruf ayat 32, terdapat di kalangan manusia yang mendakwa mereka membahagikan rahmat di kalangan sesama manusia. Allah menemplak bahawa yang berkuasa mutlak membahagikan rahmatnya ialah Allah. Rahmat Allah itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan :

أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَّعِيشَتَهُمْ فِي ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضاً سُخْرِيّاً وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

Maksud: Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu. Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.

fk468x60

Pesanan saya: Anda perlu baca berulang-ulang kali 10 ayat al-Quran yang memberikan makna rahmat di atas, agar anda dapat faham, mengapa rahmat yang perlu anda minta ketika suasana fitnah ini dan mengapa anda perlu menghafaz Surah al-Kahf ayat 1-10.

Kalau ada pertanyaan, sila berikan komen anda di bawah. Okey?

yjbanner468

RS468x60