SUMPAH LAKNAT DAN KIFARAHNYA

SUMPAH LAKNAT DAN KIFARAHNYA

Dalam keadaan tertentu, menuruti sumpah laknat membawa mudarat dan dosa, maka pemungkiran adalah dibolehkan dan tiada sabit dosa ke atas pemungkiran itu, namun perlu membayar kaffarah. Ini jelas dari hadis :-

من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليأت الذي هو خير وليكفر عن يمينه

Ertinya : Barangsiapa yang bersumpah kemudiannya melihat yang lain dari itu lebih baik, hendaklah dia mendatangi yang lebih baik itu (langgar sumpahnya) dan bayarlah kafaarah sumpahnya.
(Riwayat Muslim)

Barang diingat, memasukkan lafaz sumpah laknat di dalam bai’ah adalah bukan dari apa yang dilakukan di zaman Nabi Muhammad salla Allahu ‘alaihi wasallam. Malah Allah swt telah mengingatkan dalam firmannya :-

وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِّأَيْمَانِكُمْ أَن تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ertinya : Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan pembaikan di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah : 224)

Sheikh Dr. Abd Qadir Abu Faris menyatakan terdapat di dalam sahih al-Bukhari lafaz bai’ah Abdullah Bin Umar kepada Abd Malik bin Marwan dan tiada padanya sebarang sumpah.

Rujuk (Al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dar al-Furqan, Jordan, 1986 , h. 307)

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani,
Ketua Asatizah AMANAH
Negeri Johor

,