Al-Kisah maka tersebutlah Kisah….Tayyib….

Parti Amanah Negara telah muncul dalam landskap politik negara sekitar 6 bulan lebih. Tempoh itu menyaksikan pelbagai pergerakan luar dan dalam yang melibatkan parti sejarah dan parti UMNO.

Antara pergerakan yang menarik yang boleh dikongsikan bersama ialah, kumpulan yang kekal dalam parti sejarah ber’taawuun’ dengan kumpulan yang kekal sebagai pemerintah dalam parti UMNO. Ini yang dinamakan politik matang dan sejahtera.

Manakala kumpulan yang di’buang’ dalam parti sejarah (membentuk Parti AMANAH Negara) pula ber’taawuun’ dengan kumpulan yang dibuang dalam parti UMNO yang sudah tiada kuasa sebagai memecah hegemoni melayu tradisi. Ini yang dinamakan politik Amanah Inklusif dan Peduli.

Antara 2 pendekatan itu, manakah yang paling besar manfaatnya dan paling kecil bahayanya? Dalam Usul Fiqh terdapat satu kaedah syarak,

“Apabila bertembung 2 perkara yang membahayakan, hendaklah dinilai mana satukah yang paling besar bahayanya dengan memilih yang paling ringan bahayanya”.

P Ramlee kata “Jangan marah ha…”

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Panel Syariah Amanah Johor
http://zulhilmei.com
https://www.facebook.com/ustzul