Pas Kota Tinggi calon Husam Tanding Presiden

KB01_260907_OKU

Pas melalui perubahan baru dalam era kepimpinannya apabila Jawatan Presiden kali ini menerima pencalonan selain daripada Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang. Setiap perubahan yang berlaku pasti menerima reaksi yang pelbagai. Ada yang positif dan ada yang negatif. Pas Kaw Kota Tinggi tiba-tiba menjadi panas gara-gara pencalonan ini.

Pada perkiraan saya, siapa pun yang bakal menjadi Presiden Pas akan datang, sama ada TGHH mengekalkan kedudukannya atau sesiapa sahaja, kita mesti terus istiqamah dan jangan keluar daripada bahtera penyelamat ini. Saya yakin kepada Sabda Baginda S.A.W :

لا تجتمعَ أمَّتي علَى ضلالةٍ

Maksudnya: Umat aku tidak akan  berkumpul dan berhimpun untuk membuat keputusan yang sesat.

Sabda baginda S.A.W:

الشيطان مع الواحد وهو مع الاثنين ابعد


Maksud: Syaitan akan bersama dgn orang yg bersendirian, namun bila yg bersendirian bersama rakannya utk menjadi 2 orang maka syaitan akan semakin menjauh…

Ulasan: Keputusan Muktamar mengambil kira pandangan daripada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Pas kawasan-kawasan seluruh negara. Kalau satu keputusan itu daripada satu dewan dan digabung dengan satu lagi dewan maka syaitan akan semakin jauh. Lebih bertambah jauh bila meliputi seluruh dewan-dewan dan Pas Kawasan-kawasan.

Sebab itu saya kira, sukar untyk berlaku kesesatan apabila semuanya diputuskan dalam muktamar…Sudah pasti yang menjadi pemimpin di kalangan mereka yang terpilih di kalngan mereka.

Justeru muktamar Pas tahun 2015 ini adalah acara tahunan untuk membuat keputusan secara berjemaah itu.

Rentetan isu ini juga, Pas bakal mengalami masalah besar dalam PRU ke 14 akan datang, tetapi masalah besar itu merupakan momentum untuk kejayaan yang lebih besar. Tanpa masalah yang besar itu, tidak mungkin Pas akan menempa kejayaan yang luarbiasa itu. Wallahu A’lam

Ini adalah bacaan dan pandangan saya sahaja. Ia terbuka kepada cadangan dan kritikan.