KL Summit 2019 Meletakkan Israel & Amerika Dalam Zon Bahaya 2023


87 / 100 SEO Score

KL Summit 2019 di Kuala Lumpur dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia islam yang terdiri daripada Malaysia, Turki, Iran & Qatar. Persidangan ini melakar sejarah besar dalam pembentukan kuasa besar dunia yang baru sekaligus meletakkan Amerika & Israel dalam zon bahaya.

kl summit 2019

As-Shahid Sheikh Ahmad Yassin pernah meramalkan bahawa Israel & Amerika bakal menuju kehancuran menjelang 2022.

Turut memberi ramalan yang sama iaitu Henry Kissinger, US Intelligence Community mengenai “A World Without Israel” iaitu pada tahun 2022.

Israel Sudah Terlewat

Kejahatan yang dilakukan oleh Amerika telah mendesak kebangkitan Islam. Amerika yang melakukan serangan demi serangan terhadap dunia islam hingga mengakibatkan berlakunya proses migrasi besar-besaran ke dunia barat dan eropah.

Kesan migrasi ini menyebabkan populasi islam berkembang di Eropah. Institusi keluarga islam meningkat dengan mendadak sebagai reaksi terhadap keruntuhan sistem keluarga di barat dan eropah.

Kospirasi jahat Amerika juga mencetuskan 94% kes pertumpahan darah di kalangan umat islam seluruh dunia. Umat islam bercakaran sesama sendiri menyebabkan sebahagian daripada mereka melarikan diri ke tempat yang selamat. Mereka menjadikan eropah sebagai lokasi migrasi.

Migrasi ini membentuk populasi!

Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W:

تناكحوا تناسلوا، فإني مباهٍ بكم الأمم يوم القيامة

Maksud: Berkahwinlah dan keluarkanlah zuriat kamu semua. Sesuangguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat kelak!

PBB & OIC Bakal Berkubur!

PBB dan OIC gagal menangani masalah dunia. Satu pembetukan Kesatuan Negara-negara Baru bakal dibentuk. Kesatuan ini akan membawa gagasan baru yang lebih konstruktif, dinamik dan berdaya saing dalam menangani masalah ummah.

Maka gabungan baru mesti diwujudkan dengan idealisma baru dan harapan baru. Sudah pasti semua gabungan ini akan membuntuk kumpulan yang akan membelakangkan dasar-dasar barat dan eropah.

Gabungan 7 Buah Negara

KL Summit 2019 memulakan gabungan ini, dengan mengadakan MoU dalam program pertukaran belia, keselamatan makanan, pusat kecemerlangan, kerjasama media serta bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan.

Masalah FGV

Masalah Saham FGV yang semakin merudum didapati menemui sinar di hujung terowong bila wujudnya kerjasama pertanian dengan Firma Baldna dari Qatar disamping menambah usahasama tenusu secara besar-besaran.

Selamat Tinggal Islamphobia

Organisasi media Malaysia dan Turki juga bersetuju menubuhkan sebuah pusat komunikasi bagi memerangi Islamofobia.

Iran Cadang Wang Kripto Islam, Malaysia Seru Dinar Emas, Sistem Barter

Dolar AS tidak memberikan persaingan yang adil antara negara. Kuala Lumpur Summit 2019 mencadangkan agar perdagangan antara negara Matawang Kripto Islam dengan kerjasama bank pusat negara masing-masing bagi mendepani cabaran mengganti kuasa besar dunia masa hadapan.

Ia logik disebabkan Malaysia pernah mengalami kemelesetan ekonomi gara-gara permainan George Soros terhadap matawang Malaysia. Namun penetapan bank negara pada ketika itu telah membatalkan wang kertas RM1000 dan RM500 bertujuan bagi pengembalian semula matawang yang telah dibawa keluar daripada Malaysia berlaku dengan segera.

Turki juga menghadapi masalah kejatuhan matawangnya baru-baru ini.

Dalam menghadapi masalah ini Tun M menjelaskan:

“Jadi Ini kita dengar buat kali pertama, Iran dan Tukri berpendapat kalau kita tiada dolar AS kita boleh guna currency kita sendiri atau common currency,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang meja bulat sempena KL Summit 2019, di sini hari ini.

Presiden Iran Dr Hassan Rouhani menyetakan:

“Benar, kuasa membeli rakyat lemah. Eksport, import, penghantaran wang, pertukaran matawang semunya berdepan masalah,” 

Ekonomi digital merupakan masa depan kepada ekonomi dunia dan ia hanya mampu dicapai menerusi jaringan kerjasama. Antara kerjasama yang beliau gariskan termasuk mewujudkan mata wang kripto Islam dengan kerjasama bank-bank pusat negara masing-masing.

Perbezaan Mazhab Mesti Diuruskan Dengan Betul

Presiden Turki menegaskan :

“Kita masih tidak melihat sebarang kemajuan mengenai nasib rakyat Palestin, kita masih gagal menghentikan eksploitasi ke atas sumber kita, dan kita masih gagal mengatakan ‘sudah’ kepada perpecahan yang berlaku dalam Islam ekoran perbezaan mazhab. Itulah sebabnya,”

Berucap lanjut, Erdogan berkata, sidang ini merupakan platform yang boleh memberi peluang kepada negara Islam untuk bercakap mengenai pelbagai isu, dari Islamophobia kepada keganasan, perpecahan, pertelingkahan dalaman yang merosakkan rantau kita, serta konflik antara mazhab dan etnik.

Arab Saudi kurang senang dengan penganjuran KL Summit 2019, Pakistan Batal Saat Akhir.

Media antarabangsa termasuk Al-Jazeera dan Reuters, melaporkan Arab Saudi kurang senang dengan penganjuran KL Summit ini, sehingga Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sidang kemuncak itu.

Saudi juga bertegas bahawa sebarang perbincangan mengenai isu negara Islam sebenarnya harus berlaku di pentas OIC sahaja.

Selain Raja Salman, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan turut membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir, didakwa ekoran tekanan yang dikenakan Arab Saudi ke atas negara itu.

Teknologi Mesti Dicipta oleh Kita – Tun M

“Pencapaian manusia masa kini adalah jauh dari apa yang kita pernah bayangkan. Kita boleh terbang pada kelajuan yang cukup tinggi. Kita boleh bercakap dengan seseorang walaupun dari jarak beribu batu. Kita boleh menggerakkan objek tanpa sentuhan fizikal.

“Tetapi semua ini bukan dicipta atau dibangunkan oleh kita. Ini bermakna kita terpaksa bergantung kepada orang lain yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran, yang terhasil dari kemajuan mereka,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sewaktu Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019), di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah membangkitkan ketidakupayaan negara Islam untuk mempertahankan Ummah, dan itu memberi peluang kepada musuh untuk mewujudkan sebab agar negara Islam bertelagahan dan berbunuhan antara sesama sendiri.

Sebagai melaksana projek ini, maka 3 pihak tandatangani Tubuh Pusat Kecemelangan Penyelidikan.

3 Pihak Tandatangani Tubuh Pusat Kecemerlangan Penyelidikan

Iaitu penyelidikan dalam meneroka bidang saintifik dan tekonologi tinggi iaitu Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT),

  1. Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI),
  2. International Center for Chemical dann Biological Studies dari Pakistan dan
  3. Majlis Penyelidikan Saintifik Turki.

Turki Mula Bekalkan Senjata Kepada Malaysia

Dunia Islam pada zaman kini, jelasnya lagi, memerlukan senjata berteknologi tinggi seperti peluru berpandu, kereta perisai, jet pejuang dan juga kapal perang, sebagai persiapan untuk melindungi negara sendiri.

Namun, jelas Pengerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2019) itu lagi, selain senjata yang disifatkan primitif, negara Islam tidak mampu menghasilkan senjata berteknologi tinggi dengan keupayaan sendiri.

Atas sebab itu, beliau berkata, negara Islam tidak mampu menyediakan pertahanan untuk melindungi Ummah, erti kata lain, tidak boleh mematuhi (injuksi) kehendak agama.

“Kenapa kita tidak boleh melindungi diri sendiri? Ini kerana kita tiada ilmu pengetahuan sains yang membolehkan kita membina senjata ini.

“Dan atas sebab itu, Ummah kini ditindas, dibunuh, diusir dari negara sendiri, mati di atas lautan dan darat dalam usaha melarikan diri,” tegasnya lagi.

Atas sebab itu, Dr Mahathir berkata, dunia Islam harus kembali melihat zaman kegemilangan tamadun Islam, dan keupayaan pemerintahan ketika itu dalam memastikan tiada usaha merampas tanah mereka.

Atas sebab itu maka MoU keselamatan dan pertahanan dilakukan antara Malaysia & Turki

MoU Keselamatan & Pertahanan

Bagi sektor keselamatan dan pertahanan, perjanjian melibatkan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dengan syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI), Turki bagi membuka jalan untuk pembangunan masa depan dalam bidang penyelidikan dan teknologi baharu serta modal insan.

Nantikan kemunculan kemunculan kuasa besar dunia baru!

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin