Hudud: PR yang bergaduh, UMNO pula yang berkocak?

hudud-malaysia

Berbeza pandangan dalam ruang ijtihad yang luas, tetap memberikan kepada anda kredit dalam pandangan dan tindakan. Perbezaan pandangan hingga bertikam lidah di kalangan ahli Pas adalah sesuatu yang diperlukan bagi memberikan kredit yang besar kepada usaha perlaksanaan syariah itu. Tidak kiralah anda berada di pihak yang mahu segerakan undang-undang itu atau ‘menangguhkan’nya anda tetap mendapat kredit iaitu betul dalam tindakan dan perlaksanaan. Ini disebabkan masing-masing memiliki hujah-hujah yang kukuh bersumberkan kajian terhadap al-Quran dan As-Sunnah.

Islam tidak berkembang tanpa perbezaan pandangan ini. Bahkan perbezaan ini, semakin hari dilihat memakan diri UMNO dan BN yang mahu menjadikan isu Hudud sebagai ‘perkakas’ menggoda ahli PAS  melalui jarum yang sangat halus. Rupanya jarum yang halus itu, mulai masuk ke dalam urat saraf dan daging UMNO sendiri bila air yang tenang mula berkocak. Mereka menyangka perbalahan di dalam Pas menguntungkan mereka, tetapi hakikatnya merosakkan diri mereka sendiri. Sila baca keratan di bawah:

20150321231054Dato Musa Hitam tiba-tiba bersuara

hudud_ku_nan

UMNO mula berkocak?

hudud_BHhttp://www.bharian.com.my/node/42557

gerakan_hudud

Inilah hikmah mengapa baginda S.A.W menyatakan bahawa mengatakan sesiapa yang berijtihad dan ijtihadnya benar, ia mendapat 2 ganjaran dan bila ijtihadnya salah ia mendapat satu ganjaran. Ertinya anda tetap betul sebab bekerjasama memainkan peranan dalam memberikan kredit kepada perbezaan pandangan ini. Pertempuran sesama ahli Pas dilihat bersungguh-sungguh namun hakikatnya ia telah memperdaya UMNO dan BN!

Baginda S.A.W juga ada menyatakan di dalam sebauh hadith bahawa proses penguasaan umat islam melebarkan dakwah ke timur dan barat, menghadapi risiko perbalahan sesama sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W:

 

إنَّ اللهَ زوى لي الأرضَ . فرأيتُ مشارقَها ومغاربَها . وإنَّ أُمتي سيبلغُ ملكُها ما زُوىَ لي مِنها . وأعطيتُ الكنزينِ الأحمرَ والأبيضَ . وإنِّي سألتُ ربِّي لأُمتي أنْ لا يُهلكَها بسنةٍ عامةٍ . وأنْ لا يُسلطَ عليهِمْ عدوًا مِنْ سِوَى أنفسِهمْ . فيستبيحَ بيضتَهُمْ . وإنَّ ربِّي قال : يا محمدُ ! إنِّي إذا قضيتُ قضاءً فإنهُ لا يردُّ . وإنِّي أعطيتُكَ لأُمتِكَ أنْ لا أُهلكَهُمْ بسنةٍ عامةٍ . وأنْ لا أُسلطَ عليهِمْ عدوًا مِنْ سِوَى أنفسِهمْ . يستبيحُ بيضتَهُمْ . ولوْ اجتمعَ عليهِمْ مَنْ بأقطارِها – أوْ قال منْ بينَ أقطارِها – حتى يكونَ بعضُهمْ يُهلكُ بعضًا ، ويَسبي بعضُهمْ بعضًا

 

الراوي:ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث:مسلم المصدر:صحيح مسلم الجزء أو الصفحة:2889 حكم المحدث:صحيح

 

Maksud: Sesungguhnya Allah S.W.T telah membentangkan kepadaku bumi. Aku nampak keseluruhan muka bumi yang dibentang sehingga terlihat dengan jelas bahagian timur dan barat. Umat aku telah dijanjikan bakal menguasai kerajaan bumi ini seperti yang dibentangkan kepada aku (meliputi timur dan barat). Aku dianugerahkan 2 khazanah iaitu merah dan putih (emas dan perak). Maka dengan sebab anugerah ini maka aku memohon kepada Allah agar tidak dimusnahkan umat aku dalam masa setahun seluruhnya. Mereka tidak dikuasai oleh musuh kecuali diri mereka sendiri lalu memusnahkan jemaah dan kekuatan mereka.

Dan Allah telah berkata kepadaku, sesungguhnya aku telah menetapkan qada’ akan berlaku seperti yang telah ditetapkan dan ia tidak boleh ditarik balik. Dengan ini aku memustajabkan permintaanmu terhadap umatmu iaitu mereka tidak dimusnahkan dalam tempoh setahun seluruhnya. Mereka tidak dikuasai oleh musuh kecuali dari diri mereka sendiri hingga merosakkan jemaah dan kesatuan mereka meskipun berhimpunnya ke atas mereka sesiapa yang ada di seluruh penjuru dunia atau di antara penjuru dunia. Ketetapan ini hingga menyebabkan mereka memusnahkan di antara satu sama lain dan memenjarakan sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain.

 

Dalam menghuraikan hadith di atas, Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ianya ada kaitan dengan hadith yang menjelaskan mengenai 3 permintaan baginda S.A.W kepada Allah. Namun 2 daripanya diterima dan 1 ditolak.

Terdapat hadith baginda S.A.W yang menjelaskan 3 permintaan Nabi S.A.W bagi umat universal ini. 2 daripadanya diterima dan satu lagi ditolak.

 

Berikut adalah hadith Nabi S.A.W yang dimaksudkan:

 

راقَبتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم في ليلةٍ صلَّاها كلَّها حتى كان مع الفجرِ سلَّم مِن صلاتِه فقلتُ : يا رسولَ اللهِ ، بأبي أنتَ وأمي ، صليتَ الليلةَ صلاةً ما رأيتُكَ صليتَ نحوَها ، فقال : أجَل ، إنها صلاةُ رغبةٍ ورهبةٍ ، سألتُ ربي عزَّ وجلَّ فيها ثلاثَ خِصالٍ فأعطاني اثنتينِ ومنَعني واحدةً : سألتُ ربي أن لا يُهلِكَنا بما أهلَك به الأممَ فأعطانيها ، وسألتُ ربي أن لا يُظهِرَ علينا عدوًّا مِن غيرِنا فأعطانيها ، وسألتُ ربي أن لا يُلبِسَنا شيعًا فمنَعنيها

 

الراوي:خباب بن الأرت المحدث:النووي المصدر:الخلاصة الجزء أو الصفحة:1/594 حكم المحدث:إسناده صحيح

 

Maksud: Khabab Ibn al-Art menjelaskan bahawa aku memerhatikan Rasulullah S.A.W pada satu malam mengerjakan solat sepanjang malam hingga hampir menjelang subuh, barulah baginda memberi salam dan menyelesaikan solatnya. Aku bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah! Demi Allah! Sesungguhnya engkau telah melakukan solat yang tidak pernah aku lihat seumpama ini sepanjang hidup aku bersamamu. Lalu baginda S.A.W menjawab, Ya! Sesungguhnya solat yang aku kerjakan ini ada berita yang menggembirakan dan ada yang menakutkan. Aku meminta kepada Allah S.W.T 3 perkara tapi hanya 2 sahaja yang diterima manakala satu lagi ditolak.

Yang pertama : aku memohon agar umat aku ini tidak dibinasakan seperti umat-umat yang terdahulu dan Allah perkenankan permintaanku.

Yang kedua : aku memohon agar umatku tidak dikalahkan oleh musuh selain daripada musuh dari kita sendiri dan Allah perkenankan permintaanku

Yang ketiga : aku mohon agar umatku tidak bertentangan dan berpecah-belah dan berpuak-puak, namun Allah menolak permintaanku.

Kesimpulannya ialah jika umat islam mahu ke depan dan menguasai timur dan barat dan mahu melebarkan dakwah universal, maka mereka perlu bersedia terhadap kemungkinan yang di sebut oleh Rasulullah S.A.W ini. Baginda menjelaskan bahawa penguasaan terhadap timur dan barat memerlukan perbalahan dan perselisihan di kalangan umat islam agar laluan ke arah penguasaan tersebut dapat dicapai. Ia merupakan faktor penting bagaimana islam boleh melonjak ke atas.

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Ketua Penerangan

Pemuda Pas Negeri Johor.