Erdogan Dan Qardhawi : Ulamak dan Umarak


87 / 100 SEO Score

Erdogan dan Qardhawi mempunyai hubungan yang sangat rapat. Qardhawi memberikan pencerahan dan pedoman, manakala Erdogan melaksanakan. Melaksanakan tidak sama hanya bercakap.

Politik penuh tipu muslihat. Orang yang pandai bercakap tak mesti boleh berpolitik. Kadang-kadang cakapnya sederhana tapi skill politiknya tinggi.

Kalau berjumpa dengan orang yang pandai cakap, anda harus berhati-hati bila beli kerja kepadanya.

erdogan dan qardhawi

Status twitter ini menjelaskan rapatnya hubungan Erdogan dan Qardhawi

20151103020419

Twitter Turk Press Retweet Status DR Yusof al-Qaradawi

20151103020420

Twitter Akhbar a-Ra’y al’A’m juga retweet kata-kata al-Qaradawi : “Kejayaan AK Parti Memperbaharui Harapan”

Erdogan dan Qardhawi : Pelaksana dan Penasihat

Ucapan tahniah daripada Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Yusof al-Qaradawi kepada AK Parti menafikan dakwaan liar yang disebarkan oleh pihak tertentu yang naif mengenai dunia politik islam antarabangsa. Dr Yusof al-Qaradawi menjelaskan di laman web rasminya dengan mengatakan:

“Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada AK Parti dengan kemenangan yang besar ini, yang dapat memberikan sinar-sinar perjalanan, memperteguh keazaman, menajamkan perancangan masa depan dan memperbaharui harapan”

Beliau juga meluahkan perasaannya melalui twitternya dengan mengatakan :

“Kami berbangga dengan prestasi perkhidmatan yang dilakukan oleh Presiden Erdogan dan Perdana Menterinya Daud Ogvlu yang membawa dasar-dasar kebaikan, penegak penghakiman yang adil dan berjaya membawa pendekatan politik budiman bagi Negara Turki dan umat Islam”.

Inilah jalinan antara Erdogan dan Qardhawi

Kenyataan penuh beliau boleh didapati di link berikut

Sementara itu, Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Dr Ali al-Qurra Daghi mengucapkan tahniah kepada Rakyat Turki yang melakukan peningkatan keluar mengundi sehingga 87% dalam pilihanraya parlimen negara itu yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Rakyat Turki sangat sedar akan hak bersuara bagi kelangsungan dan kestabilan Negara Turki yang lebih baik .

Kenyataan penuh beliau boleh didapati di link berikut

Saya kira kenyataan daripada 2 tokoh besar ini, menafikan dakwaan liar terhadap Erdogan. Oleh itu, kita boleh menilai bahawa seseorang itu adalah pemilik minda pemfitnah apabila suka melemparkan tuduhan jahat tanpa memberikan sebarang rujukan rasmi. Rujukan dan riwayat mereka guna ialah “daripada group sebelah”, ” copy paste daripada group satu lagi” dan sebagainya.

Namun zaman fitnah sudah berada di penghujungnya. Kebenaran akan teserlah jua bila tiba masanya.

“Only time will tell us the truth”

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku
Fakta Saintifik Surah Yasin
http://zulhilmei.com