Ceramah Batu Pahat : Saya hentikan

ceramah batu pahat

82 / 100 SEO Score

Ceramah Batu Pahat: Saya mula hentikan ceramah sejak tahun 2018. Saya dah lama nak buat keputusan ini tapi perlu masa yang sesuai. Hasrat ini bukan malas nak meneruskan bidang dakwah dalam bentuk ceramah, tetapi ada banyak faktor yang mempengaruhi saya buat keputusan demikian.

Sebenarnya ceramah merupakan salah satu kebolehan saya, namun bila hampir 20 tahun saya terlibat dalam bidang ceramah, timbul dalam hati saya beberapa perasaan yang tidak sedap..

Ceramah Batu Pahat : Saya dah Lama Pendam

Lama saya pendam, saya tak cerita pada sesiapa pun kecuali hanya pada Allah sahaja. Saya kata, berilah aku peluang untuk mencari rezeki melalui ceramah ini. Aku rasa tak ikhlas sebab ceramah nak duit…tapi buat masa ini aku tak ada pilihan, bagilah aku peluang, sementara aku berusaha untuk cari sumber rezeki yang lain dalam perniagaan yang betul-betul tulen, asli dan tidak menipu orang lain.

Inilah doa saya pada Allah S.W.T bila hati rasa tak sedap dengan aktiviti ceramah yang saya hadiri setiap hari.

Jika cerita pada rakan-rakan, mereka akan bagi macam-macam pandangan, namun apa yang saya rasa tak boleh saya pendamkan begitu sahaja. Saya kena buat sesuatu

ceramah batu pahat

Akhirnya inilah sebab kenapa saya tinggalkan dunia ceramah.

Ceramah Batu Pahat : Berikan Saya Peluang Lakukan Apa Yang Saya Cakap

Jika saya menumpukan sepenuh masa dalam bidang ceramah, saya tidak berpeluang untuk lakukan apa yang saya cakap. Ini disebabkan bidang ceramah perlukan komitmen masa dan saya akan terpisah dengan keluarga… Saya tidak bercakap atau berinteraksi dengan isteri saya, anak-anak saya malah jiran-jiran saya di kampung saya sendiri.

Masa saya banyak di luar dan apa yang berlaku di kampung tempat saya tinggal pun saya tak tahu. Orang yang meninggal pun tak sempat saya ziarah sebab memenuhi undangan ceramah yang telah dijadualkan. Lama-kelamaan saya jadi malu dengan orang kampung sendiri. Berceramah hebat di luar tapi tak berinteraksi dengan penduduk kampung sendiri. Ini yang saya rasa. Anda pendengar setia ceramah saya tak tahu cerita ini.

Zaman ini saya berada dalam dunia yang asing dan terpisah dengan anak dan isteri saya sendiri walaupun kami duduk satu rumah..Bila saya balik ke rumah badan dan letih terus tidur… Bila dah bangun, badan dah segar, terus ke tempat ceramah seterusnya… Begitulah rutin hidup saya selama 20 tahun dalam bidang ceramah.

Saya mahu menjadi seorang ayah yang baik dan inilah doa saya. Saya mahu anak-anak akan merujuk kepada saya bila ada apa-apa masalah dan saya boleh beri pandangan dengan tenang dan tidak terkejar-kejar.

Saya mahu berbual-bual dengan anak-anak dan isteri saya dan inilah nafkah batin dan nilai kasih sayang yang jarang saya berikan tumpuan.

Ceramah Batu Pahat : Berat Badan Naik Dari 90 Kg – 121 Kg!

Saya menghadapi masalah tabiat makan yang tidak mengikut jadual yang betul. Akhirnya berat badan naik mendadak sehingga 121 kg, ditambah lagi dengan masalah gout.

Inilah kelemahan saya tidak mampu berhadapan dengan makanan yang sedap-sedap terutamanya selepas habis ceramah atau kuliah. Mungkin ada yang mampu, saya tengok ada je penceramah yang masih kekalkan badannya yang slim walaupun dah berpuluh tahun ceramah.

Namun saya tidak mampu. Maka saya terpaksa mencari jalan keluar kepada masalah ini iaitu berhentikan aktiviti ceramah untuk sementara.

Mutu Ceramah Menurun

Bila anda kerap memenuhi undangan ceramah, sebenarnya anda tidak sempat membuat kajian baru termasuk membaca kajian-kajian baru dan terkini.

Anda kerap syok sendiri dengan diri anda dan tidak tahupun dengan dunia luar yang lebih luas. Saya perasan mutu ceramah saya semakin menurun walaupun orang kata ceramah saya bersifat ‘beyond’ (masa depan).. Ya la..ada kalanya begitu tapi tidak semestinya begitu

Tak sempat Buat Homework

Ceramah yang disampaikan adalah ulangan ceramah di tempat-tempat yang lain. Bila anda dah ceramah pada satu tempat, anda akan ulang semula ceramah itu di tempat lain

Saya perlu jujur pada diri sendiri, bahawa saya tidak buat homework terhadap ceramah yang saya buat. Hanya sekadar mahu terima undangan.

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
PenulisĀ Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
http://zulhilmei.com
https://www.facebook.com/ustzul