3 Sebab Kenapa Anda Mudah Ditipu Sekelip Mata!

mudah-ditipu

90 / 100 SEO Score

Mudah ditipu disebabkan manusia mempunyai kelemahan pada 3 waktu. Ia sangat mencabar dan sangat kritikal. Manusia tidak berada keadaan yang waras sepenuhnya bila tiba 3 waktu ini.

Akal manusia yang rasional dan bijak akan menjadi seperti bodoh dan tidak siuman bila mereka gagal menguasai diri mereka. Pada waktu kritikal ini anda boleh diperdaya dan ditipu dengan sekelip mata!

Mereka yang faham dengan kelemahan manusia akan mengambil kesempatan atas kelemahan ini, bagi menyalurkan maklumat palsu dan tidak benar supaya bertukar menjadi benar.

Iklan-iklan promosi juga akan menggunakan 3 element ini untuk memastikan apa yang mereka dakwa itu benar dan benar belaka. Promosi mereka akan menggunakan kaedah ini agar pembeli cair dan terus beli tanpa fikir panjang!

3 element ini sering digunakan oleh iblis untuk membisikkan sesuatu yang tidak benar pada manusia. Supaya manusia boleh bertindak segera, tidak fikir panjang dan tergesa-gesa.

Tenang..Berikan Masa

Walhal kehidupan ini memang telah diciptakan oleh Allah S.W.T mesti mengikut masa yang ditetapkan. Buah untuk menjadi masak perlukan masa, kejayaan seseorang perlu masa, nak kuruskan badan perlukan ilmu dan masa.

Jika bumi pun diciptakan ambil masa 6 hari, padahal Allah boleh ciptakan dengan sekelip mata, mana mungkin anda boleh buat sesuatu keputusan untuk diri anda dengan sekelip mata? Boleh berubah-ubah pula tu pada bila-bila masa!

Mana mungkin keputusan yang anda ambil tidak mengikut tabiat bumi itu diciptakan iaitu mengikut masa dan marhalah dalam melalui proses perubahan, walhal anda duduk di dalam bumi!

Tergesa-gesa & Gopoh Tanda Mudah Ditipu

Sebelum bercakap mengenai 3 sebab, saya nak jelaskan bahawa sikap tergesa-gesa dan gopoh tu tanda anda sudah kena tipu.

Membina persepsi gopoh dan tergesa-gesa merupakan startegi awal supaya anda mudah ditipu

3 Sebab Ini Akan Menyebabkan Anda Gopoh & Mudah Ditipu

Pada 3 waktu ini anda akan hilang akal sekejap. Bila anda dah hilang akal, anda akan gopoh, bila anda gopoh, maka semua yang tak betul pada pertimbangan akal rasional akan bertukar jadi betul!

Ini prosesnya:

Hilang akal ==>> Gopoh ==>>Salah ==>>Betul

1. Sebab Mudah ditipu : Marah

mudah-ditipu

Untuk menyebabkan anda hilang akal, anda kena marah dulu. Untuk pastikan anda marah, kena ada sesuatu perkara sensetif yang akan menyebabkan anda marah.

Orang yang nak menipu anda mereka akan mencari dan mengkaji perkara-perkara yang sensetif untuk pastikan anda marah. Umpamanya anda seorang yang kuat berpegang dengan agama, maka akan dicari satu isu yang sensetif supaya anda marah.

Kalau anda sensetif dengan masalah bangsa, maka akan dikumpulkan segala perkara yang sensetif mengenai bangsa dan anda akan MARAH!

Bila anda marah, anda mula hilang akal, bila hilang akal, anda jadi aggresif iaitu gopoh, bila gopoh terus bertindak sebarkan / share maklumat palsu akhirnya anda berjaya ditipu.

Ini prosesnya :

Marah ==>>Hilang akal==>>Gopoh==>>Masuk Jarum Penipuan==>>Berjaya ditipu

Zon Mencabar & Kritikal : Kawal Marah Tak Mudah Ditipu

Ini contoh yang menyebabkan anda akan mudah marah tapi Nabi Muhammad S.A.W steady je:

  1. Terdapat riwayat seorang badwi kencing di dalam masjid Nabi S.A.W. Tapi Nabi S.A.W tak marah. Tapi atasi keadaan tersebut dengan tenang dan waras.
  2. Nabi pernah dibaling batu dalam peristiwa hijrah ke Thaif. Nabi berdoa dengan doa yang masyhur. Nabi Muhammad S.A.W mampu berfikir dengan waras.
  3. Dakwah Nabi S.A.W diejek dan dihina semasa di Kota Mekah sebelum berhijrah ke Madinah. Ini memang sangat mencabar.

Ketika Marah, Anda Berada Dalam Zon Bahaya Untuk Terkena Sihir & Mudah Ditipu

Seseorang yang rajin bersembahyang, baca quran atau solat tahajjud sekalipun, berpotensi terkena serangan sihir bila dia tak mampu kawal kemarahan.

Anda pintu yang membolehkan sihir itu masuk ke dalam diri anda. Ini disebabkan pintu utama kepada gangguan sihir adalah jantung. Bila anda marah, jantung akan berdegung kencang, masa itu anda berada dalam keadaan lemah dan sihir masuk pada waktu itu

2. Sebab Mudah ditipu: Sedih

mudah-ditipu

Emosi sedih menyebabkan seseorang berada dalam zon hilang akal. Waktu ini anda berada dalam keadaan lemah dan tidak boleh berfikir secara rasional.

Ada sesetengah manusia akan mengambil kesempatan atas kesempitan yang anda alami. Sebab itu semasa sedih jangan buat sebarang keputusan yang besar.

Pulihkan Segera Kesedihan, Anda Berisiko Mudah Ditipu

Anda perlu pulihkan segera diri anda dari kesedihan. Jangan duduk berseorangan. Jumpa rakan-rakan yang rapat.

Membiarkan Kesedihan Menyebabkan Anda Berada Dalam Zon Kemurungan & Stress

Paling bahaya sekali ialah bisikan iblis boleh masuk pada waktu ini. Pesakit beriko mengalami stress dan kemurungan jika dibiarkan. Anda harus bangkit!

Kemurungan boleh bawa kepada masalah jiwa dan paling bahaya rasa nak bunuh diri. Bisikan Iblis mudah masuk pada waktu ini

3. Sebab Mudah ditipu : Ketawa Terbahak-bahak/Berlebihan

mudah ditipu

Ketawa boleh, tapi kena sederhana dan jangan berlebihan. Sebaik-baik perkara adalah sederhana. Jika anda buat lawak berlebih-lebihan, anda berpotensi mudah ditipu.

Mainan emosi ini kadang-kadang menyebabkan seseorang tidak mampu berfikiran rasional. Kita bertindak tanpa sedar untuk menyebarkan maklumat yang palsu.

Kadang-kadang lawak tu tak betul pun, tapi dengan sebab anda berlebihan, menyebabkan anda berada di luar batas normal kewarasan. Ini memang membahayakan.

Berapa Kali Anda Telah Ditipu Atas 3 Faktor di atas?

Sesungguhnya ia telah pun berlaku tanpa kawalan anda!

Sekian, salam hormat dari saya:

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder & CEO Bidara Specialist
PenulisĀ Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
http://zulhilmei.com
https://www.facebook.com/ustzul