PENUBUHAN PARTI BARU HARAM? – al-QARADHAWI

PENUBUHAN PARTI BARU HARAM?

نشر بتاريخ الأحد, 31 مايو 2015 08:10 |

السؤال: تتباين أنظار الناس حول ظاهرة الجماعات الإسلامية العاملة في الدعوة إلى الله تعالى، والتي
تهدف إلى تغيير المجتمع إلى مجتمع فاضل كما كان عليه النبي صلى الله عليه وسلم وصحابته الكرام.. وسؤالي هنا ليس عن مناهج هذه الجماعات، ولكن سؤالي عن المبدأ نفسه؛ هل يجوز تكوين هذه الجماعات أم هي من البدع المحرمة، ومن ظواهر تخريب المجتمع وتفكيكه؟ أم هي من الواجبات الإسلامية كما يزعم أصحاب هذه الجماعات؟

SOALAN:

Terdapatnya perbezaan di kalangan orang ramai berhubung fenomena kemunculan pelbagai jemaah-jemaah islam yang berfungsi sebagai pemain penting dalam usaha melakukan kerja-kerja dakwah di jalan Allah S.W.T. Jemaah-jemaah ini juga memainkan peranan dalam mengubah kedudukan masyarakat ke arah yang lebih baik seperti yang telah dilakukan oleh baginda S.A.W. Persoalan saya bukanlah mengenai metodologi-metodologi mereka akan tetapi mengenai persoalan pokok itu sendiri iaitu adakah harus membentuk kumpulan-kumpulan ini? atau ia sesuatu yang diharamkan dan merupakan faktor kerosakan masyarakat dan perpecahan? atau ia merupakan antara kewajipan-kewajipan islam seperti yang didakwa oleh kumpulan-kumpulan ini.

الإجابة:

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
فقيام الجماعات الإسلامية لا مانع منه شرعا، بل قد يصل أحيانا إلى حد الوجوب، إذا لم يكن هناك من يقوم بخدمة الإسلام من المؤسسات العامة للدولة، لأن وظيفة الدولة الإسلامية حراسة الدين، فإن لم تقم بها، وجب على الأفراد القيام بهذه الرسالة.

JAWAPAN:

Secara syarak, tiada halangan untuk menubuhkan jemaah-jemaah islam, bahkan pada satu-satu ketika, ia sampai ke peringkat wajib, apabila tidak terdapat orang yang bertanggungjawab melaksanakan usaha-usaha memelihara islam di dalam beberapa sektor awam dalam sebuah negara. Ini adalah kerana, tugas sebuah negara islam adalah menjaga agama, apabila ia tidak ditunaikan, maka beberapa individu wajib memikul tanggungjawab ini.

على أنه يراعى في الجماعات الإسلامية التعاون فيما بينها على الخير والحق، وأن تتعاون مع حكوماتها فيما فيه مصلحة للإسلام والمسلمين، وهذه الجماعات كلها تمثل جزءا من أهل السنة والجماعة، وهي داخلة ضمن الفرقة الناجية من حيث العموم .

Perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap kumpulan-kumpulan islam ini ialah mengadakan hubungan kerjasama antara mereka dalam usaha kebaikan dan kebenaran, bekerjasama dengan kerajaan dalam negara-negara mereka yang terdapat kebaikan bagi islam dan kaum muslimin. Kumpulan-kumpulan islam ini merupakan satu juzuk daripada kumpulan ahli sunnah wal Jamaah. Ia termasuk dalam kumpulan yang terselamat daripada kesesatan secara umum.

يقول الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي:-

مما يجب التنبيه عليه، ولا يحسن السكوت عنه هنا: ما يشيعه بعض الأفراد وبعض الفئات التي تحمل النسب الإسلامي، من أفكار تتعلق بهذا الجانب:

ومن ذلك ما صدر لبعضهم من حكم أو فتوى تجعل أي تكوين لجماعة، أو انتساب إليها عملا محرمًا، وابتداعًا في الدين لم يأذن به الله، سواء سميت هذه المؤسسة جماعة أو جمعية أو حزبًا، أو ما شئت من الأسماء والعناوين. وهذه جرأة غريبة على دين الله، وتهجم على الشرع بغير بينة، وتحريم لما أحل الله بغير سلطان. فالأصل في الأشياء والتصرفات المتعلقة بعادات الناس ومعاملاتهم الإباحة. وتكوين الجماعات العاملة للإسلام منها.

Dr Yusof Qardhawi menjelaskan:

Antara perkara yang perlu diambil perhatian dan tidak sewajarnya perkara ini didiamkan begitu sahaja ialah fitnah yang disebarkan oleh sebahagian individu dan sebahagian kecil kumpulan tertentu yang hanya menerima islam secara keturunan (tanpa kefahaman yang mendalam). Antara gaya pemikiran mereka berhubung perkara ini ialah:

Mengeluarkan hukum atau fatwa bahawa sebarang usaha menubuhkan sebuah jemaah atau apa sahaja yang berkaitan dengannya adalah merupakan kerja-kerja HARAM dan BID’AH dalam agama yang tidak diizinkan oleh Allah. Sama ada penubuhan itu dinamakan sebagai jemaah, NGO, parti politik atau apa sahaja nama atau jenamanya.

Ini adalah merupakan keberanian ‘luarbiasa’ terhadap agama Allah. Ia telah melakukan penghinaan terhadap syarak tanpa bukti. Mengharamkan perkara yang telah dihalalkan oleh Allah tanpa ‘kuasa eksekutif’. Walhal setiap sesuatu itu pada asalnya adalah harus, begitu juga yang berkaitan dengan urusan-urusan adat-resam manusia dan urusan jual beli merupakan sesuatu yang benarkan oleh syarak.

بل الصـواب أن تكـوين هذه الجماعات مما توجـبه نصـوص الشرع العامـة، وقواعـده الكلية.فالله تعالى يقول: (وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ) (المائدة: 2)، ويقول: (وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا). (آل عمران: 103).

والرسول – صلى الله عليه وسلم- يقول: “المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا” (متفق عليه عن أبي موسى. ورواه أيضًا الترمذي والنسائي كما في صحيح الجامع الصغير 6654)، “يد الله مع الجماعة ومن شذ شذ في النار”. (رواه الترمذي في سننه من حديث ابن عمر).

Bahkan sebenarnya, menubuhkan kumpulan-kumpulan islam ini, merupakan di antara perkara yang diwajibkan oleh nas-nas syarak secara umum dan melalui kaedah-kaedah syaraknya yang tidak terbatas. Allah S.WT berfirman:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”. -Surah al-Maidah ayat 2

Firman Allah :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara”. _Surah Ali Imran ayat 103

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain diibaratkan seperti bangunan, sentiasa memperteguh antara satu sama lain” (Muttafaq Alaih daripada Abu Musa turut diriwayatkan oleh Tharmizi dan Nasaie seperti yang terdapat dalam kitab Jamie Al-Syaghir 6654)

“Tangan Allah bersama jemaah, sesiapa mengasingkan diri, maka ia akan terasing dalam api neraka” (Diriwayatkan oleh Tharmizi dalam kitabnya daripada Ibn Umar)

والقاعدة الفقهية تقول: “ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب”. ومن المؤكد أن خدمة الإسلام في هذا العصر، والمحافظة على كيان أمته، والعمل لإقامة دولته، لا يمكن أن يتم بجهود فردية متناثرة هنا وهناك، بل لا بد من عمل جماعي يضم القوى المتشتتة، والجهود المبعثرة والطاقات المعطلة، ويجند الجميع في صف منتظم، يعرف هدفه، ويحدد طريقه.

Manakala antara kaedah-kaedah fekah pula menyatakan “Jika sesuatu perkara yang wajib tidak akan sempurna kecuali disempurnakan perkara tersebut, maka perkara tersebut menjadi wajib” Sudah pasti usaha memelihara islam, menjaga keutuhan ummah pada era ini dan berusaha untuk mendirikan negara islam tidak akan tercapai dengan usaha-usaha individu yang terpisah dan tidak bersistem. Oleh itu mestilah dilakukan secara kolektif dengan menghimpunkan pelbagai kepakaran dan keupayaan. Dengan cara ini dapat membentuk kekuatan dalam satu gerak kerja yang bersistem serta memiliki misi dan visinya yang jelas.

يؤكد هذا أن القوى المعادية للإسلام، والتي تعمل لأهداف أخرى، لا تعمل متفرقة، بل في صورة كتل قوية ومؤسسات جماعية كبرى، تملك أضخم القوى المادية والبشرية. فكيف نواجههـا فـرادى متفرقين، والمعركـة تقتضي رص الجميع في صف واحـد، كما قال الله تعالى:( إِنَّاللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ). (الصف: 4)

إن العمل الجماعي لنصرة الإسلام، وتحرير أرضه، وتوحيد أمته، وإعلاء كلمته فريضة وضرورة. فريضة يوجبها الدين، وضرورة يحتمها الواقع، والعمل الجماعي يعني تكوين جماعات أو أحزاب تقوم بهذا الواجب.

Bagi memperkukuh kenyataan ini, bahawa kekuatan yang boleh memberikan kemenangan kepada islam dan yang boleh bekerja dengan matlamat yang pelbagai, tidak bekerja secara terpisah, bahkan berada di dalam satu kumpulan orang ramai yang bersetuju dengan satu pandangan yang kuat serta kesepaduan jemaah-jemaah membentuk pasukan yang besar. Sudah pasti ia akan memiliki kekuatan yang paling besar dari sudut material dan sumber manusia. Adalah sesuatu yang mustahil ianya dihasilkan daripada beberapa individu yang terpisah.

Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (الصف: 4)

Kerja secara kolektif dengan tujuan memenangkan islam, membebaskan tanahnya, mengajak ummah ke arah mengesakan Allah dan meninggikan kalimah-Nya adalah merupakan satu kefardhuan dan keperluan. Ia merupakan kewajipan yang dituntut agama dan keperluan yang mendesak secara realitinya. Kerja secara kolektif di sini memberi maksud; menubuhkan kumpulan-kumpulan islam atau parti-parti politik yang bertanggungjawab menggalas amanah ini.

جماعات من المسلمين لا جماعة المسلمين

BEBERAPA KUMPULAN DARIPADA SEBAHAGIAN ORANG ISLAM & BUKANNYA SATU KUMPULAN DARIPADA ORANG ISLAM

هناك على النقيض من هذه الفكرة فكرة أخرى: ترى العمل الجماعي فريضة، وتحصر هذه الفريضة في جماعة معينة ترى أنها وحدها تمثل الحق الخالص، وما سواها هو الباطل: (فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلاَّ الضَّلاَلُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ). (يونس: 32).
وبعبارة أخرى تصف هذه الفـئة نفسـها بأنـها “جماعة المسـلمين”، وليـست مجـرد “جماعة من المسلمين” وما دامت هي جماعة المسلمين فكل من فارقها فقد فارق الجماعة، وكل من لم يدخل فيها، فليس في جماعة المسلمين!

Terdapatnya satu pandangan lain yang bercanggah dengan pandangan ini; iaitu yang berpandangan kerja secara kolektif itu wajib dan kewajipan itu hanya eksklusif kepada satu kumpulan tertentu dengan anggapan bahawa kumpulan itu sahajalah yang benar manakala yang lain adalah batil atau sesat.

Allah telah berfirman:

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? (يونس: 32).

Dalam erti kata yang lain kumpulan ini telah menjenamakan diri mereka sebagai “Jemaah Orang-orang Islam”. Selama mana jenama itu mereka gunakan, maka setiap yang mengeluarkan diri daripada jemaah tersebut, dianggap telah terkeluar daripada umat islam seluruhnya. Termasuk yang tidak melibatkan diri dalam jemaah tersebut, dianggap tidak berada di dalam jemaah umat islam.

وكل ما جاء من أحاديث عن (الجماعة) ولزوم “الجماعة”، ومفارقة “الجماعة” تنزل على جماعتها.وهذا النوع من الاستدلال، وتنزيل النصوص على غير ما جاءت له، باب شر على الأمة؛ لأنه يضع الأدلة في غير مواضعها. ومن هؤلاء من يجعل الحق مع جماعته أو حزبه دون غيره، لمبررات موضوعية يسبغها على حزبه أو جماعته وحدها، وينفيها عمن سواها.

Maka setiap hadith mengenai jemaah atau wajib bersama jemaah dan meninggalkan jemaah dijenamakan sebagai jemaah mereka. Ini adalah merupakan sebahagian cara mengeluarkan dalil tetapi menjenamakan nas-nas dengan perkara yang tiada kaitan adalah merupakan pintu kejahatan kepada ummah. Ini adalah kerana, dalil-dalil tersebut diletakkan bukan pada tempatnya. Sebahagian mereka ada yang meletakkan ‘kebenaran’ itu pada jemaah mereka atau parti politik mereka dan menafikan penjenamaan itu diberikan kepada jemaah selain daripada mereka.

وكثيرًا ما يضع بعضهم أوصافًا فكرية وعملية، عقدية وخلقية، يحدد بها “جماعة الحق” أو “حزب الحق” لتنطبق على جماعته دون غيرها، وهذا نوع من التكلف والتعسف لا يقبله منطق العلم.

وثمة آخرون يجعلون التقدم الزمني هو المعيار الأوحد، فمن سبق غيره فهو الجدير بأن يكون هو صاحب الحق، أو محتكر الحق والحقيقة.

Kebanyakan sebahagian mereka memberikan jenama dari pelbagai sudut. Sama ada secara fikrahnya, amalannya, akidahnya ataupun akhlaknya. Mereka cuba membataskan penjenamaan tersebut dengan mengatakan bahawa “jemaah yang benar” atau “parti yang benar” itu wujud dan ada pada jemaahnya dan bukannya ke atas jemaah yang lain. Kaedah begini sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal dan disiplin ilmu.

Sementara terdapat juga yang menjadikan kemajuan zaman sebagai kayu pengukur. Sesiapa yag terkedepan dalam mendepani cabaran, maka dialah yang membawa obor kebenaran atau dianggap sebagai penipu kebenaran

حتى زعم بعض الأحزاب في بعض البلاد الإسلامية أنه وحده يمثل الحق؛ لأنه الحزب الأول الذي أخذ زمام المبادرة، وكل حزب يشكل بعد ذلك يجب أن يلغي نفسه، ولا حق له في البقاء؛ لأن قبول الجماهير له بمثابة المبايعة له، وفي الحديث: “إذا بويع لخليفتين، فاقتلوا الآخر منهما”. (رواه أحمد ومسلم عن أبي سعيد كما في صحيح الجامع الصغير 421).

Fenomena ini menyebabkan timbulnya anggapan sebahagian parti-parti politik di sesetengah negara-negara umat islam, hanya dialah sahaja yang membawa kebenaran; atas alasan ia adalah parti politik yang pertama yang menjadi perintis awal, manakala setiap parti politik yang mahu ditubuhkan selepas itu, wajib dibatalkan penubuhannya dan tidak layak untuk kekal. Hujah yang mereka gunakan ialah apabila berlakunya penerimaan orang awam terhadap parti yang pertama tadi, maka ia adalah penanda aras bahawa seluruh rakyat telah memberikan bai’ah kepada mereka! Ini berdasarkan kepada hadith Nabi Muhammad S.A.W: “Apabila 2 orang telah dibai’ah untuk dijadikan khalifah, maka hendaklah kamu bunuh salah satu daripada keduanya (Hadith riwayat Ahmad dan Muslim daripada Abu Said; juga terdapat di dalam Kitab Jami’ Al-Syoghir 421)

إن هذه الفتاوى الجاهلة الجريئة من أناس لم ترسخ أقدامهم في علوم الشريعة. هي التي تورد الأمة شر الموارد، وتوقعها في شر المهالك. ولقد قال بعض الفقهاء في العصور الماضية حين رأى فتاوى بعض من ينتسبون إلى العلم: لبعض من يفتي الناس اليوم أحق بالسجن من السرّاق! وذلك لأن السراق يفسدون دنيا الناس، وهؤلاء يفسدون عليهم دينهم. فكيف لو رأى أولئك الفقهاء ما نقرؤه أو نسمع من فتاوى زماننا؟ ولا حول ولا قوة إلا بالله.
والله أعلم .

Namun demikian, wajar diberikan penegasan, bahawa fatwa-fatwa bodoh dan berani ini, datang daripada kalangan mereka yang tidak memiliki asas-asas yang kukuh dalam ilmu syariat. Fatwa bodoh ini telah mengheret ummah ke lembah kejahatan dan meletakkan mereka kepada kerosakan yang paling jahat. Oleh itu, sesetengah fuqaha’ di zaman silam pernah memberikan pandangan mereka terhadap fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh sebahagian orang yang kononnya memiliki title ilmu/ustaz/ustazah/ulamak/prof :

“Bahawa adalah wajar sebahagian orang yang mengeluarkan fatwa pada hari ini untuk dimasukkan ke dalam penjara jika dibandingkan dengan kelompok pencuri! Ini adalah kerana kelompok pencuri hanya merosakkan kehidupan dunia orang awam, sementara mereka (kelompok agama tapi tidak layak berfatwa) merosakkan agama mereka dengan fatwa-fatwa palsunya”

Bagaimana jika fuqaha’ terdahulu melihat terhadap apa yang kita baca dan apa yang kita dengar pada zaman ini? Tiada kekuatan dan tiada upaya kecuali dengan Allah.

Wallahu A’lam

Sumber asal—>>>http://qaradawi.net/new/all-fatawa/5359-2011-09-21-08-26-20

FAQ ini diterjemah daripada laman web rasmi Dr Yusof Qadhawi oleh:

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani,
Ketua Asatizah AMANAH
Negeri Johor
www.zulhilmei.com
www.facebook.com/ustzul

  • Kedi

    Terbaek punya, jgn sedap nak mengharamkan apa yg Allah dan rasul tidak haramkan.