KENYATAAN AKHBAR MENGAPA PEMUDA PAS JOHOR ANJUR DEBAT

Pemuda Pas Johor menegaskan bahawa setiap agenda besar terutamanya yang melibatkan masa depan generasi anak muda Malaysia haruslah memiliki persiapan yang fleksible dan kepimpinan yang berkarisma.

Menawan Kota Konstantinopel menjadi kejayaan besar bagi umat islam setelah mengkaji dengan penuh minat dan penuh serius terhadap kelemahan tentera-tentera islam yang terdahulu dengan melakukan penyelidikan, risikan, kekuatan pengaruh dan halatuju yang bersistematik.

Memulihkan kelemahan mestilah memiliki idea-idea baru yang bersifat segar dan luarbiasa kerana perubahan tidak mungkin akan berlaku jika masih mengambil pendekatan yang lama dan biasa-biasa sahaja.

Mana mungkin sesuatu kelemahan itu boleh diperbaiki dengan membincangkannya selepas pemilihan tanpa halatuju perjuangan yang jelas.

Apakah mekanisma yang bakal diagendakan oleh Ketua Pemuda Pas Malaysia masa depan dalam membentuk generasi muda pada hari ini yang telah dirosakkan oleh UMNO dan Barisan Nasional? Apakah arus dakwah islam yang mahu dibawa oleh Pemuda Pas Malaysia melalui jalur politik yang semakin mencakar minda?

Semua persoalan ini harus dijawab dengan tuntas jika mahu menjadi Pemimpin Pemuda Pas Malaysia. Oleh itu Pemuda Pas Johor amat mengharapkan debat ini dapat direalisasikan demi masa depan politik anak muda Malaysia.

Semuga dengan penjelasan ini mampu merungkaikan kekeliruan yang timbul.

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Naib Ketua,
Pemuda Pas Johor.