KHUTBAH IDUL ADHA : IDUL ADHA DAN IBADAH HAJI MENOLAK AGENDA RASIS

button_down

KHUTBAH PERTAMA

TEKS KHUTBAH: IDUL ADHA DAN IBADAH HAJI MENOLAK AGENDA RASIS

اللهُ اَكْبَرْ (3×) اللهُ اَكْبَرْ (×3)اللهُ اَكبَرْ (×3)


اللهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كثيرا وسبحان الله  بُكْرَةً وَأصِيْلاً لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ وَ للهِ اْلحَمْدُ. اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِى جَعَلَ لِلْمُسْلِمِيْنَ عِيْدَ اْلفِطْرِ بَعْدَ صِياَمِ رَمَضَانَ وَعْيدَ اْلاَضْحَى بَعْدَ يَوْمِ عَرَفَةَ. اللهُ اَكْبَرْ (3×)

اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. لَهُ اْلمَلِكُ اْلعَظِيْمُ اْلاَكْبَرْ وَاَشْهَدٌ اَنَّ سَيِّدَناَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنِ اهْتَدَى بِهُدَاهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

اَمَّا بَعْدُ.

فَيَا عِبَادَاللهِ اِتَّقُوااللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

معاشر المسلمين رحمكم الله

Sidang kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Masjid al-Haram di Makkah disebut secara terang dan jelas di dalam al-Quran. Sebutan terhadapnya disertai dengan iringan satu lagi lokasi masjid yang disebut sebagai Masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin. Kedua-dua masjid ini dihubungkan oleh Allah S.W.T dengan satu peristiwa yang besar iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa besar ini melibatkan seorang nabi akhir zaman yang membawa risalah terakhir membawa masej wilayah risalah yang berbeza dengan para anbiyak terdahulu, yang merentasi batas geografi, etnik, kaum, bangsa dan warna kulit iaitu Nabi Muhammad S.A.W.  Baginda S.A.W menjadi sebagai penghubung dan pelengkap perjalanan nabi-nabi terdahulu apabila gagasan risalah akhir zaman bersifat universal kepada semua kaum dan rahmatan lil Alamin.[1]

Agama islam dan pemilikan terhadap 2 masjid tersebut adalah menjadi hak milik kepada umat islam di seluruh dunia dan tidak terbatas kepada bangsa arab semata-mata. Menjadikan kedua-duanya eksklusif kepada bangsa arab atau kepada bangsa melayu semata-mata adalah satu pengkhinatan kepada agenda besar risalah umat akhir zaman dan umat Nabi Muhammad S.A.W. Zaman wahyu hanya eksklusif kepada Bani Israel sudah berakhir, kitab-kitab terdahulu yang telah diturunkan kepada mereka juga tidak dibenarkan untuk digunapakai pada zaman ini. Oleh itu sebagai umat Muhammad S.A.W wajib bangkit dan sedar bahawa risalah terakhir yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah risalah perubahan zaman ke arah kesatuan umat islam yang bersifat inklusif, universal dan global.

Kedudukan Makkah sebagai Ummul Qura (Pusat Dunia) telah dijelaskan di dalam al-Quran sebanyak 2 kali iaitu dalam Surah Al-An’am ayat 92 dan dalam Surah As-Syura ayat 7.

Allah S.W.T telah berfirman:

Maksud: Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi keberkatan (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya Engkau memberi peringatan kepada penduduk “Ummul-Qura” (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya. (Surah Al-Anam ayat 92)

 

اللهُ اَكْبَرْ. اللهُ اَكْبَر . اللهُ اَكبَرْ . ولله الحمد

Kajian geografi mendapati, Makkah merupakan lokasi yang paling strategik apabila ia terletak di tengah-tengah antara barat dan timur, utara dan selatan. Ia sangat sinonim dan relevan dengan risalah Baginda S.A.W yang bersifat universal agar dapat dihimpunkan semua umat yang terdiri daripada pelbagai lapisan etnik, bangsa dan kaum di satu tempat yang menjadi pusat dunia antarabangsa. Pemilihan lokasi ini telah digagaskan sejak zaman Nabi Ibrahim A.S yang merupakan perintis pertama yang mendoakan agar setiap manusia seolah-olah ditarik-tarik untuk ke sana, setiap mereka yang menziarahinya mendapat bekalan makanan dan minuman yang mencukupi meskipun pada asalnya ia adalah sebuah lembah yang kering-kontang.

Allah S.W.T berfirman:

Maksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati di kalangan manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W dan akhir zaman wajib sedar akan hakikat tanggungjawab menggalas amanah besar ini. Sambutan Idul Adha dan Ibadah Haji melambangkan ummah tanpa rasis. Kesatuan ummah yang digagaskan dalam kedua-dua ibadah ini merupakan satu cabaran besar kepada umat akhir zaman apabila umat islam terperangkap dalam permainan sentimen perkauman yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tanpa mereka sedar, telah merosakkan wajah islam yang menghormati bangsa lain sebagai kumpulan manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T.  Allah S.W.T menegaskan penciptaan pelbagai bangsa bukan untuk menjadi mereka bermusuh, bahkan adalah untuk saling kenal-mengenal antara sesama mereka.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

معاشر المسلمين رحمكم الله

Sidang kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

اللهُ اَكْبَرْ. اللهُ اَكْبَر . اللهُ اَكبَرْ . ولله الحمد

Kita hidup pada zaman yang penuh dengan fitnah, khabar angin dan laporan palsu yang di’viral’kan melalui Facebook, WhatsApp serta media sosial yang lain. Menurut kajian secara rambang, dalam tempoh seminit sahaja, ia telah tersebar kepada 100 000 ‘audience’ tanpa tapisan jika isu yang di’viral’kan menjadi topik hangat dalam negara.

5 FAKTA SURAT AL-HUJURAT MENOLAK AGENDA RASIS DAN PERKAUMAN.

Surah Al-Hujurat adalah surah yang terbaik dalam merungkai isu rasis, perkauman dan  pertengkaran sesama muslim. Sebelum Allah S.W.T menghuraikan isu yang berkaitan perkauman pada ayat 13 dalam surah tersebut di atas , Allah S.W.T terlebih dahulu menjelaskan beberapa yang perlu diambil perhatian oleh orang-orang yang beriman seperti mana berikut:

1) Ayat ke 6 Surah al-Hujurat meminta manusia agar menyemak segala berita yang sampai kepada mereka jika tidak mahu menyesal di belakang hari bila menuduh kaum yang lain dengan tuduhan yang jahat atas sebab kejahilan diri kita sendiri.

Firman Allah S.W.T :

Maksdunya: Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

2) Ayat ke 9-10 pula meminta kepada orang-orang yang beriman, bila berlakunya pertempuran atau pergaduhan di kalangan sesama mereka, wajib dipulihkan hubungan antara 2 pihak yang bertembung. Lakukan dengan adil (tidak cenderung atau bersikap berat sebelah). Ini disebabkan orang-orang yang beriman itu bersaudara. Jangan sekali-kali membiarkan pertempuran itu menjadi parah dan tiada sebarang usaha perdamian.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

اللهُ اَكْبَرْ. اللهُ اَكْبَر . اللهُ اَكبَرْ . ولله الحمد

3) Ayat yang ke 11 Allah S.W.T menjelaskan bagaimana cara untuk mendamaikan sesama muslim yang bersaudara iaitu dengan cara melarang satu kumpulan menghina kumpulan yang lain. Jangan membuka aib sesama saudaranya, jangan memanggil atau melabel-label orang lain dengan geleran-gelaran yang buruk. Allah S.W.T turut memasukkan kumpulan wanita dalam larangan ini meskipun dalam ayat-ayat al-Quran yang lain cukup dengan larangan kepada kaum lelaki sahaja. Ini menunjukkan bahawa kaum wanita adalah paling terpengarauh dan cenderung dengan gaya ini bila berlakunya perbalahan dan pertembungan.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

4) Ayat yang ke 12 menjelaskan mengapa terjadinya hina-menghina sesama kumpulan, membuka aib sesama sendiri dan memanggil atau melabel orang lain dengan gelaran yang buruk. Ini berpunca daripada bersangka-buruk sesama sendiri. Jalan untuk menutup pintu-pintu sangka buruk ini ialah dengan cara menutupnya daripada mengintip-ngintip cari kesalahan dan keaiban orang lain dan mengumpat.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah sikap suka melakukan andaian (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

اللهُ اَكْبَرْ. اللهُ اَكْبَر . اللهُ اَكبَرْ . ولله الحمد

5) Akhirnya setelah Allah S.W.T menjelaskan agar manusia menjaga ukhuwwah sesama muslim, dengan menggunakan slogan “wahai orang-orang yang beriman” mereka dibawa ke peringkat yang lebih besar untuk menjadi contoh yang terbaik dalam isu kemanusiaan yang melibatkan hubungan sosial antara kaum. Peranan ini tidak akan mampu dilakukan kecuali setelah kaum muslimin berjaya menyelesaikan sikap dan akhlak mereka sesama orang-orang yang beriman dalam 5 arahan dan larangan di atas. Bagi menghimpunkan 2 tujuan yang berbeza ‘audience’nya, maka Allah S.W.T telah menggunakan lafaz “Wahai sekalian manusia!” Ibn Asyur menjelaskan dalam tafsirnya At-Tahrir Wa al-Tanwir, ini adalah bertujuan bagi menjelaskan bahawa semua manusia datang dari baka dan keturunan yang sama. Isu perkauman jangan dijadikan modal permusuhan dan persengketaan. Sebaliknya dijadikan modal untuk berkenal-kenal, beramah-mesra dan menjiwai budaya masing-masing agar timbul rasa hormat menghormati. Susunan ayat al-Quran yang begitu cantik dalam Surah al-Hujurat ini bukanlah secara kebetulan, bahkan menjelaskan wibawa al-Quran yang sifatnya menjadi mukjizat hingga ke hari kiamat.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya:  Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Bersempena dengan ibadah Haji dan Idul Adha yang menghimpunkan pelbagai etnik dan kaum seluruh dunia di Mekkah, janganlah ada di kalangan kita yang menimbulkan isu-isu rasis dan perkauman dalam negara sendiri. Ini disebabkan 5 fakta daripada Surah al-Hujurat menolak agenda rasis dan pemusuhan antara kaum. Rasis tidak akan selesai kecuali umat islam mestilah menilai semula akhlak dan sikap mereka sesama orang-orang yang beriman seperti yang telah dijelaskan dalam huraian khutbah tadi.  

أعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطنِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ.

 إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ. وَنَفَعَنِي وَاِيِّاكُمْ بما فيه مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. وَتَقَبَّلْ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ اِنّهُ هُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ. فَاسْتَغْفِرُوْا اِنَّهُ هُوَاْلغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

KHUTBAH KEDUA:

اللهُ اَكْبَرْ (3×) اللهُ اَكْبَرْ (4×) اللهُ اَكْبَرْ كبيرا وَاْلحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَ أَصْيْلاً لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ وَ اللهُ اَكْبَرْ اللهُ اَكْبَرْ وَللهِ اْلحَمْدُ


اَلْحَمْدُ للهِ عَلىَ اِحْسَانِهِ وَالشُّكْرُ لَهُ عَلىَ تَوْفِيْقِهِ وَاِمْتِنَانِهِ. وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الدَّاعِى اِلىَ رِضْوَانِهِ. اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وِعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كِثيْرًا


اَمَّا بَعْدُ فَياَ اَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوا اللهَ فِيْمَا اَمَرَ وَانْتَهُوْا عَمَّا نَهَى وَاعْلَمُوْا اَنَّ اللهّ اَمَرَكُمْ بِاَمْرٍ بَدَأَ فِيْهِ بِنَفْسِهِ وَثَـنَى بِمَلآئِكَتِهِ بِقُدْسِهِ وَقَالَ تَعاَلَى اِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ النَّبِى  يآاَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا. اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ وَعَلَى آلِ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَنْبِيآئِكَ وَرُسُلِكَ وَمَلآئِكَةِ اْلمُقَرَّبِيْنَ


اَللهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَاْلمُؤْمِنَاتِ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَاْلمُسْلِمَاتِ اَلاَحْيآءُ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ اللهُمَّ اَعِزَّ اْلاِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَاْلمُشْرِكِيْنَ وَانْصُرْ عِبَادَكَ اْلمُوَحِّدِين وَانْصُرْ مَنْ نَصَرَ الدِّيْنَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ اْلمُسْلِمِيْنَ وَ دَمِّرْ اَعْدَاءَالدِّيْنِ وَاعْلِ كَلِمَاتَكَ اِلَى يَوْمَ الدِّيْنِ. اللهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا اْلبَلاَءَ وَاْلوَبَاءَ وَالزَّلاَزِلَ وَاْلمِحَنَ وَسُوْءَ اْلفِتْنَةِ وَاْلمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ عَنْ بَلَدِنَا ْماليزيا خآصَّةً وَسَائِرِ اْلبُلْدَانِ اْلمُسْلِمِيْنَ عآمَّةً يَا رَبَّ اْلعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا آتِناَ فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. رَبَّنَا ظَلَمْنَا اَنْفُسَنَاوَاِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ. عِبَادَاللهِ ! اِنَّ اللهَ يَأْمُرُنَا بِاْلعَدْلِ وَاْلاِحْسَانِ وَإِيْتآءِ ذِى اْلقُرْبىَ وَيَنْهَى عَنِ اْلفَحْشآءِ وَاْلمُنْكَرِ وَاْلبَغْي يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ وَاذْكُرُوا اللهَ اْلعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلىَ نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ اَكْبَرْ

[1] Merujuk Surah al-Israk ayat yang pertama

#Khutbah Idul Adha Tolak Rasis #Khutbah kesatuan #Khutbah sempena musim haji #Khutbah pelbagai kaum #Khutbah tolak perkauman #Khutbah Politik Malaysia