Incirlik dan Kurecik : Pengkalan Tentera Amerika Dihalau-Strategi Licik Turki Yang Wajar Dipelajari

tutup Incirlik dan Kurecik

83 / 100 SEO Score

Incirlik dan Kurecik merupakan Pengkalan Tentera Amerika di Turki. Namun Erdogan mempunyai strategi licik bagaimana mahu mengusir keluar dari bumi Turki.

Strategi ini wajar dipelajari disebabkan mereka merupakan generasi yang pernah manakluk Kota Constantinople satu masa dahulu. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan:

Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin pada zaman itu dan sebaik-baik tentera ialah pemimpin pada zaman itu”

Tidak keterlaluan untuk kita mengatakan Kota Constantinople akan ditakluk buat kali ke 2! Boleh?

Sekatan AS ke atas Turki adalah disebabkan Turki merupakan rakan kongsi strategik kepada Rusia dalam menghasilkan projek pertahanan udara S-400 dan jaringan saluran paip TurkStream dengan Moskow.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) berkata kerja-kerja pemasangan paip bagi projek Nord Stream 2 dan TurkStream perlu dihentikan kerana sekatan memandangkan sekatan ke atas Turki telah berkuat kuasa.

Agensi berita Rusia Sputnik melaporkan bahawa Presiden Donald Trump telah menandatangani Akta Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA) bernilai $738 bilion yang melibatkan sekatan terhadap kedua-dua saluran paip.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata Washington mereka-reka alasan atas faktor keselamatan saluran paip dan melindungi nyawa manusia serta mengelak kemusnahan alam sekitar atau kerosakan lain.

Erdogan menegaskan Ini adalah Turki. Kami mempunyai perbezaan dalam sejarah dan segala-galanya. Oleh itu, kami pasti akan melaksanakan sekatan kita sendiri mengenai isu ini. Kesepakatan mengenai S-400 telah selesai.

Erdogan mengancam bakal menutup Pangkalan Incirlik dan Kurecik. Incirlik, yang berpengkalan di selatan Turki, memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan licik Amerika. Pangkalan Udara Incirlik memiliki kekuatan menampung sekitar 50 bom nuklear Amerika.

Saya rasa Erdogan memang sengaja beli peluru berpandu S-400 daripada Rusia supaya dia boleh mengambil tindakan terhadap pengkalan Amerika yang menjadi duri dalam daging Turki sendiri.

Incirlik dan Kurecik : 2 Perkataan Yang Menyebabkan AS Terkejut!

Memang dia dah tunggu dan fikir macamana cara nak halau pengkalan tentera Amerika. Akhirnya bila Amerika umum sekatan, dengan spontan dia jawab 2 perkataan iaitu Incirlik dan Kurecik!

Selepas Erdogan keluarkan 2 perkataan tu semasa sidang media di Kuala Lumpur, Menteri Pertahanan Amerika terus response:

Menhan AS Mark Esper, minta penjelasan setelah Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang mengancam bakal menutup dua pangkalan Incirlik dan Kurecik

Kalau Turki tidak bersedia dengan sekatan Amerika, mana mungkin beliau memberi amaran bahawa penutupan kedua pangkalan terbabit (Incirlik dan Kurecik) boleh berlaku pada bila-bila masa.

Menteri luarnya pula menyatakan, kami memiliki autoriti! Ini menunjukkan Turki sudah bersedia dan hanya menunggu Amerika melakukan sekatan.

Bila Amerika dah mula ambil tindakan, maka Turki pun mula membalas tindakan terhadap mana-mana kepentingan Amerika yang ada di Turki.

Saya fikir bukan hanya pengkalan tentera Amerika yang berada di Incirlik dan Kurecik sahaja, bahkan sudah ada plan B, Plan C dan startegi-strategi lain yang hanya diketahui oleh Erdogan sahaja.

Skill Bercakap Seorang Pemimpin

Skill bercakap dalam dunia politik tidak mesti dituturkan dengan nada yang keras, suara yang tinggi atau terjerit-jerit. Namun sudah cukup menggunakan satu atau dua perkataan yang mengancam pihak lawan.

Mungkin kita menggunakan 2 atau 3 patah perkataan sahaja, menyebabkan musuh akan rasa gelabah dengan ucapan kita. Tapi kena pastikan apakah kelemahan musuh untuk diambil kesempatan.

Kalau pandai cakap berdegar-degar sampai pecah speaker tapi semuanya tiada kaitan, musuh akan pandang rendah kepada kita. Skill ini jarang diambil perhatian oleh orang kebiasaan, tetapi sering diambil perhatian oleh pemimpin negara.

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
http://zulhilmei.com
https://www.facebook.com/ustzul