Surah Yasin dengan Fakta Saintifik

surah-yasin

TAHUKAH ANDA?

Saya mengambil tanggungjawab menyiapkan kajian selama 3 tahun bagi menghasilkan Buku Fakta Saintifik Surah Yasin disebabkan faktor-faktor berikut:

  • Ramai di kalangan kita yang puluhan tahun membaca Surah Yasin, tetapi gagal membongkar makna dan roh Surah Yasin.
  • Ada yang membacanya dengan kefahaman hanya sekadar untuk majlis tahlil, kenduri arwah dan bila berlakunya kematian.
  • Ada yang membacanya semata-mata hari Khamis malam Jumaat bagi mendapatkan fadhilat pada hari tersebut.
  • Ada antara kita yang hanya sekadar menggantung Surah Yasin di dinding-dinding rumah dan premis-premis perniagaan.
  • Ada yang tahu membaca Surah Yasin tetapi tidak tahu hubungkait Surah Yasin dengan surah-surah yang lain.

 

Maka atas faktor-faktor ini, saya mahu mengajak sidang pembaca sekalian untuk menaik taraf kefahaman anda terhadap Surah Yasin ke tahap yang paling mulia iaitu menjadikan anda generasi Ulul Al-bab!

 

APAKAH GENERASI ULUL AL-BAB?

 

Ulul Albab adalah istilah yang diambil daripada Firman Allah S.W.T  dalam Surah Ali Amran ayat 191 :

Maksudnya : Ulul Al-Bab ialah orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka.

 

Ada 3 elemen penting yang menjadi asas pembinaan Ulul al-Bab melalui ayat di atas iaitu :

 

  •  Berzikir (ingat kepada Allah).
  • Membuat kajian dan analisa saintifik terhadap alam yang terdapat di langit dan di bumi
  • Kajian dan analisa tersebut menghasilkan ketakutan kepada Allah S.W.T agar dijauhkan dari api neraka.

 

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengenal Allah S.W.T dan mencari bukti-bukti kekuasaan, kewujudan dan keesaan-Nya.

Namun akhirnya kaedah ini menyebabkan anda ‘terkejut’ kerana ter‘singkap’ rahsia-rahsia, formula-formula dalam bentuk angka, matematik dan fakta-fakta saintifik secara tidak sengaja!

Kajian asal buku ini adalah untuk mencari bukti benarnya hidup selepas mati.

Selepas melakukan kajian melalui kaedah tadabur melalui susunan ayat-ayat-Nya tiba-tiba ter’jumpa‘ formula-formula, angka-angka dan fakta-fakta saintifik yang membongkar benarnya hidup selepas mati!

Bagaimana caranya?

 

Ikuti kisah ketika saya mula-mula menghasilkan buku ini……

Sejak kecil saya memamg minat dalam bidang sains dan teknologi. Tapi rezeki belajar saya nampaknya terarah kepada pendidikan al-Quran dan bahasa arab. Saya pun jadi pelik macamana tiba-tiba saya boleh minat belajar bahasa arab. Barangkali doa kedua orang tua saya yang sentiasa mendoakan saya untuk menjadi ustaz. Saya hanya ustaz kampung saja, mengajar di masjid dan surau sekitar Batu Pahat dan Johor Bahru lebih kurang 20 tahun.

Tapi, minat saya pada sains tidak boleh dipadam. Bila saya baca al-Quran, saya faham maknanya cuma seringkali terdetik dalam hati bila agaknya untuk aku cari ayat-ayat saintifik yang pernah dilakukan oleh saintis muslim terdahulu? Walaupun saya sibuk, tapi detikan itu setiap hari tidak pernah padam. Hinggalah sampai satu keadaan, kuliah yang saya sampaikan di masjid dan surau menjadi hambar, isi kuliah yang saya sampaikan stereotaip. Saya rasa bosan dengan kuliah saya sendiri!

Barangkali ini masanya untuk saya tingkatkan kualiti penyampaian, supaya relevan dengan perkembangan zaman. Akhirnya saya membuat keputusan untuk bertemu dengan pensyarah universiti yang hampir dengan saya. Ada 2 tokoh yang banyak membantu saya dalam menyiapkan buku ini iaitu Dr Ramli Awang yang merupakan bekas Tim Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM Skudai, Pakar di bidang Akidah dan Falsafah dan Profesor Madya Dr Mohd Arip Kasmo, pakar di bidang Falsafah Sains, al-Quran & Sains, PASAK, UKM, Bangi.

Setelah pertemuan dengan 2 tokoh ini, maka kajian saya pun bermula. Masalah utama yang saya ialah:

 

1) Bagaimana mahu menafsirkan ayat-ayat saintifik yang terdapat di dalam al-Quran, walhal tidak ada sebarang penjelasan daripada Rasulullah S.A.W berhubung perkara tersebut?

2) Bagaimana saya perlu meminggirkan sabda baginda S.A.W sedangkan ia berada dalam martabat yang ke dua selepas al-Quran. Lebih-lebih lagi hadith Nabi S.A.W merupakan penerang kepada kanduangan al-Quran itu sendiri?

Saya dah semak banyak riwayat-riwayat hadith yang sohih tiada terjumpa berhubung perkara tersebut. Akhirnya…….

 

2 Ulama Besar meleraikan kekusutan saya..

 

Carian saya akhirnya menemukan saya dengan ulama besar iaitu  Sheikh Mutawalli Sya’rawi yang menjelaskan apa yang saya cari…..

Surah Yasin
Sheikh Mutawalli Sya’rawi

Beliau menjelaskan (untuk yang lebih detail sila rujuk buku saya) ada 2 sebab kenapa Rasulullah S.A.W tidak menjelaskan hakikat alamiah (ayat-ayat saintifik/ ayat-ayat kauniyyah) di dalam al-Quran iaitu:

1) Generasi pada zaman itu tidak bersedia untuk menerima fakta-fakta diluar persekitaran yang mereka jalani setiap hari. Jika diterangkan juga akan menyebabkan masalah untuk faham disebabkan keterbatasan alat pada waktu itu.

 

2) Jika baginda S.A.W menerangkan hakikat alamiah (fakta-fakta saintifik) pada masa itu, akan menyebabkan terhalangnya kajian-kajian baru walhal sifat dunia itu perlu kepada perkara yang baru dan berubah-ubah. Bagi memastikan al-Quran relevan sepanjang zaman, maka ruang berfikir ini dibuka seluas-luasnya (maksud saya perkara-perkara yang berkaitan penelitian alam, alam semesta dan kejadian langit & bumi).

Kenapa Surah Yasin?

Bila saya temui hakikat ini, maka Surah Yasin adalah sasaran utama saya disebabkan masyarakat lebih hampir dengan Surah Yasin berbanding surah-surah yang lain. Saya bercita-cita menjadikan Surah Yasin ini sebagai penghubung untuk mereka faham surah-surah yang lain.

Masalah kedua saya pula ialah bagaimana untuk faham dan menghuraikan sepotong ayat dalam Surah Yasin ayat 33. Cerita pasal bumi dan tanah. Baca tulisan pakar dalam bidang sains mereka menjelaskan satu persatu proses itu berjalan.Jika laluan ini yang saya ambil maka tiada perbezaan tulisan saya dengan orang lain. Ramai dah menulis dengan cara macam tu.

Saya ada kehendak saya sendiri, iaitu saya mahu al-Quran sendiri yang menerangkan mengenai hakikat ini. Tapi bagaimana? Saya mula mencari metologi penfasiran para ulamak terdahulu. Siapa di kalangan penafsir al-Quran yang fokus kepada kajian seperti ini. Tiba-tiba lain yang saya cari lain pula yang jumpa!

Akhirnya saya bertemu dengan pandangan SheikhHussin Ad-Dzahabi. Beliau menjelaskan dalam kitabnya yang bertajuk : al-Tafsir Wa al-Mufassirun :

 

surah yasin
Sheikh Hussin Ad-Dzahabi

“Penfasiran mestilah dimulakan dengan kaedah al-qur’an ditafsirkan dengan al-qur’an. Ini adalah kerana, bagi memahami apa yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T mestilah melalui apa yang datang daripada-Nya. Marhalah (langkah) ini tidak wajar bagi seseorang individu untuk menolaknya dengan cara mengambil langkah yang lain, disebabkan tuan punya kepada kata-kata itu lebih faham terhadap makna kata-kata-Nya dan lebih tahu daripada yang lain”

Alhamdulillah sudah lama saya tahu bahawa tafsir al-Quran dengan al-Quran merupakan kaedah tafsir yang paling tinggi. Rupa-rupanya ia banyak berkaitan dengan fakta-fakta alamiah yang merupakan bidang yang saya minat! Saya berbincang dengan 2 pensyarah yang membantu saya, kedua-dua mereka bersetuju agar mencari ayat-ayat yang lain daripada surah yang lain yang memiliki intisari yang sama dalam menghuraikan ayat-ayat yang bersifat saintifik!

Alhamdulillah, kini saya rasa selesa untuk meneruskan kajian.

 

Cuma……..

 

Cuma………..semasa saya mencari dan membuat kajian ini, saya seringkali termenung, rasa pelik, terpinga-pinga dan kadang-kadang saya berhenti sekejap untuk meneruskan kajian sebab ‘terkejut!’. 

 

Terkejut lebih 7 kali!

 

KEJUTAN PERTAMA

Rasa terkejut tu bila sampai ayat ke 36 Surah Yasin. Iaitu mengenai konsep berpasangan. Terasa dunia ni tiada apa-apa..telah dibuktikan secara sains. Pelik kan? berpasangan ni biasanya dikaitkan dengan jantina, tetapi saya menjumpai bahawa dunia hanyalah “game” sama seperti yang Allah jelaskan sejak 1400 tahun dahulu kepada Rasulullah S.A.W.

KEJUTAN KEDUA

Pada ayat ke 37 pula, ayat berkaitan malam dan siang. Saya membuat perbandingan dengan ayat yang sebelumnya iaitu ayat yang ke 33 yang berkaitan bumi dan tanah.

Kenapa Allah S.W.T kaitkan bumi dan tanah dengan malam dan siang?

Apa yang saya jumpa ialah, dalam surah-surah yang lain juga terdapat persamaan dari sudut susunan dan hubungan antara keduanya. Seakan-akan perlu ada kesimpulan yang menghubung 2 perkara ini.

KEJUTAN KE 3

Pada ayat ke 38 pula menjelaskan mengenai matahari dan bulan. Cuma pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa proses pentadbirannya seakan-akan berenang-renang di dalam air! Kenapa Allah S.W.T menggunakan istilah berenang-renang?

Namun saya menjadi bingung bila istilah berenang-renang di angkasa lepas dihubungkan dengan ayat yang ke 41 yang menceritakan keturunan kita sebenarnya berasal daripada keturunan yang diselamatkan dalam banjir besar pada zaman Nabi Nuh A.S!

 

Mengapa istilah berenang-renang di kaitkan dengan cerita bahtera nabi Nuh A.S di lautan?

Lama kajian saya terhenti di sini tidak bergerak-gerak. Sehingga saya menjumpai ayat yang menjelaskan bahawa bahtera di lautan itu diumpamakan seperti gunung-ganang (Nama Surah dan ayatnya ada saya jelaskan dalam buku saya).

Ini lagi bertambah hairan! Akhirnya saya terpaksa mengumpulkan maklumat gunung-ganang seperti yang terdapat dalam al-Quran, maka hasilnya…

Subhanallah….hebat…hebat….baru saya terfikir kenapa para saintis muslim dahulu pakar dalam pelbagai disiplin ilmu! Ya! mereka mengkaji mengikut silibus al-Quran! Asalnya mereka mahu mencari bukti kewujudan Allah, tiba-tiba mereka terjumpa ilmu sains, matematik, geografi, astronomi dan lain-lain ilmu dengan tidak disengajakan!

Pada asalnya saya fikir, mereka (saintis muslim) sengaja membuat kajian-kajian fenomena alam tersebut setiap hari, tetapi rupa-rupanya mereka mengkaji ayat-ayat al-quran yang bersifat saintifik untuk dilakukan kajian dengan tujuan untuk mengenal Allah melalui sampel-Nya yang telah senaraikan di dalam al-Quran satu-persatu.

Setiap sampel-Nya memberikan ‘check point‘ untuk pergi ke ‘check point‘ yang lain. Sehingga mereka ter’paksa‘ pakar dalam pelbagai disiplin ilmu!

KEJUTAN KE 4

Sila klik di sini