Fakta Saintifik Dalam Al-Quran : Surah Yasin

surah-yasin

87 / 100 SEO Score

Fakta Saintifik Dalam Al-Quran memang banyak. Saya mengambil tanggungjawab menyiapkan kajian selama 3 tahun bagi menghasilkan Buku Fakta Saintifik Surah Yasin atas faktor-faktor berikut:

  • Ramai di kalangan kita yang puluhan tahun membaca Surah Yasin, tetapi gagal membongkar makna dan roh Surah Yasin.
  • Ada yang membacanya dengan kefahaman hanya sekadar untuk majlis tahlil, kenduri arwah dan bila berlakunya kematian.
  • Ada yang membacanya semata-mata hari Khamis malam Jumaat bagi mendapatkan fadhilat pada hari tersebut.
  • Ada antara kita yang hanya sekadar menggantung Surah Yasin di dinding-dinding rumah dan premis-premis perniagaan.
  • Ada yang tahu membaca Surah Yasin tetapi tidak tahu hubungkait Surah Yasin dengan surah-surah yang lain.

Fakta Saintifik Dalam al-Quran Melahirkan Generasi Ulul-Albab

Ulul Albab adalah istilah yang diambil daripada Firman Allah S.W.T  dalam Surah Ali Amran ayat 191 :

fakta-saintifik-dalam-al-quran

Maksudnya : Ulul Al-Bab ialah orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka.

Ada 3 elemen penting yang menjadi asas pembinaan Ulul al-Bab melalui ayat di atas iaitu :

  •  Berzikir (ingat kepada Allah).
  • Membuat kajian dan analisa saintifik terhadap alam yang terdapat di langit dan di bumi
  • Kajian dan analisa tersebut menghasilkan ketakutan kepada Allah S.W.T agar dijauhkan dari api neraka.

Fakta Saintifik Dalam al-Quran: Terkejut Tetiba Jumpa Formula Power!

Anda ‘terkejut’ sebab ter‘singkap’ rahsia-rahsia, formula-formula dalam bentuk angka, matematik dan fakta-fakta saintifik secara tidak sengaja!

Fakta Saintifik Dalam al-Quran: Mencari Bukti Benarnya Hidup Selepas Mati

Surah Yasin kerap mengulang mengenai kebangkitan semula manusia selepas mati, namun ia bersifat ghaib. Namun Allah S.W.T mencabar manusia agar lakukan kajian melalui kaedah tadabur melalui susunan ayat-ayat-Nya. Melalui proses ini anda akan ter’jumpa‘ formula-formula, angka-angka dan fakta-fakta saintifik yang membongkar benarnya hidup selepas mati!

Bagaimana caranya?

Fakta Saintifik dalam al-Quran terlalu banyak. Namun saya fokuskan penggalian terhadap Surah Yasin disebabkan ia hampir dengan orang awam.

Sejak kecil saya memamg minat dalam bidang sains dan teknologi. Tapi rezeki belajar saya nampaknya terarah kepada pendidikan al-Quran dan bahasa arab.

Saya pun jadi pelik macamana tiba-tiba saya boleh minat belajar bahasa arab. Barangkali doa kedua orang tua saya yang sentiasa mendoakan saya untuk menjadi ustaz.

Saya hanya ustaz kampung saja, mengajar di masjid dan surau sekitar Batu Pahat dan Johor Bahru lebih kurang 20 tahun.

Tapi, minat saya pada sains tidak boleh dipadam. Bila saya baca al-Quran, saya faham maknanya cuma seringkali terdetik dalam hati bila agaknya untuk aku cari fakta saintifik dalam al-Quran yang pernah dilakukan oleh saintis muslim terdahulu? Walaupun saya sibuk, tapi detikan itu setiap hari tidak pernah padam.

Hinggalah sampai satu keadaan, kuliah yang saya sampaikan di masjid dan surau menjadi hambar, isi kuliah yang saya sampaikan stereotaip. Saya rasa bosan dengan kuliah saya sendiri!

Barangkali ini masanya untuk saya tingkatkan kualiti penyampaian, supaya relevan dengan perkembangan zaman. Akhirnya saya membuat keputusan untuk bertemu dengan pensyarah universiti yang hampir dengan saya.

Ada 2 tokoh yang bantu saya dalam menyiapkan buku ini iaitu Dr Ramli Awang yang merupakan bekas Tim Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM Skudai, Pakar di bidang Akidah dan Falsafah dan Profesor Madya Dr Mohd Arip Kasmo, pakar di bidang Falsafah Sains, al-Quran & Sains, PASAK, UKM, Bangi.

Setelah pertemuan dengan 2 tokoh ini, maka kajian fakta saintifik dalam al-quran pun bermula. Semasa buat kajian, timbul 2 masalah :

1) Bagaimana mahu menafsirkan fakta saintifik dalam al-Quran, walhal tidak ada sebarang penjelasan daripada Rasulullah S.A.W berhubung perkara tersebut?

2) Bagaimana saya perlu meminggirkan sabda baginda S.A.W sedangkan ia berada dalam martabat yang ke 2 selepas al-Quran?Lebih-lebih lagi hadith Nabi S.A.W merupakan penerang kepada kanduangan al-Quran itu sendiri?

Saya dah semak banyak riwayat-riwayat hadith yang sohih tiada terjumpa berhubung perkara tersebut. Akhirnya…….

Formula Kajian Fakta Saintifik Dalam al-Quran Akhirnya Menemukan Saya Dengan 2 Ulamak Besar:

1) Sheikh Mutawalli Sya’rawi yang menjelaskan apa yang saya cari…..

Surah Yasin
Sheikh Mutawalli Sya’rawi

Beliau menjelaskan (untuk yang lebih detail sila rujuk buku saya) ada 2 sebab kenapa Rasulullah S.A.W tidak menjelaskan hakikat alamiah (fakta saintifik dalam al-Quran) iaitu:

1) Generasi pada zaman itu tidak bersedia untuk menerima fakta-fakta diluar persekitaran yang mereka jalani setiap hari. Jika diterangkan juga akan menyebabkan masalah untuk faham disebabkan keterbatasan alat pada waktu itu.

2) Jika baginda S.A.W menerangkan hakikat alamiah (fakta saintifik dalam al-Quran) pada masa itu, akan menyebabkan terhalangnya kajian-kajian baru walhal sifat dunia itu perlu kepada perkara yang baru dan berubah-ubah. Bagi memastikan al-Quran relevan sepanjang zaman, maka ruang berfikir ini dibuka seluas-luasnya (maksud saya perkara-perkara yang berkaitan penelitian alam, alam semesta dan kejadian langit & bumi).

Kenapa Surah Yasin?

Bila saya temui hakikat ini, maka Surah Yasin adalah sasaran utama saya disebabkan masyarakat lebih hampir dengan Surah Yasin berbanding surah-surah yang lain. Saya bercita-cita menjadikan Surah Yasin ini sebagai penghubung untuk mereka faham surah-surah yang lain.

Masalah kedua saya pula ialah bagaimana untuk faham dan menghuraikan sepotong ayat dalam Surah Yasin ayat 33. Cerita pasal bumi dan tanah. Baca tulisan pakar dalam bidang sains mereka menjelaskan satu persatu proses itu berjalan.Jika laluan ini yang saya ambil maka tiada perbezaan tulisan saya dengan orang lain. Ramai dah menulis dengan cara macam tu.

Saya ada kehendak saya sendiri, iaitu saya mahu al-Quran sendiri yang menerangkan mengenai hakikat ini. Tapi bagaimana? Saya mula mencari metologi penfasiran para ulamak terdahulu. Siapa di kalangan penafsir al-Quran yang fokus kepada kajian seperti ini. Tiba-tiba lain yang saya cari lain pula yang jumpa!

Akhirnya saya bertemu dengan pandangan SheikhHussin Ad-Dzahabi. Beliau menjelaskan dalam kitabnya yang bertajuk : al-Tafsir Wa al-Mufassirun :

surah yasin

 

Sheikh Hussin Ad-Dzahabi

“Penfasiran mestilah dimulakan dengan kaedah al-qur’an ditafsirkan dengan al-qur’an. Ini adalah kerana, bagi memahami apa yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T mestilah melalui apa yang datang daripada-Nya. Marhalah (langkah) ini tidak wajar bagi seseorang individu untuk menolaknya dengan cara mengambil langkah yang lain, disebabkan tuan punya kepada kata-kata itu lebih faham terhadap makna kata-kata-Nya dan lebih tahu daripada yang lain”

Alhamdulillah sudah lama saya tahu bahawa tafsir al-Quran dengan al-Quran merupakan kaedah tafsir yang paling tinggi. Rupa-rupanya ia banyak berkaitan dengan fakta-fakta alamiah yang merupakan bidang yang saya minat! Saya berbincang dengan 2 pensyarah yang membantu saya, kedua-dua mereka bersetuju agar mencari ayat-ayat yang lain daripada surah yang lain yang memiliki intisari yang sama dalam menghuraikan ayat-ayat yang bersifat saintifik!

Surah Yasin terlebih dahulu mencabar manusia mengenai alam sekeliling yang mereka diami.

Semuanya terdapat tanda bahawa Allah mencipta mereka dan terdapatnya di sana satu alam yang mereka tak dapat lihat iaitu akhirat.

Oleh kerana Allah S.W.T telah bekalkan pancaindera yang cukup untuk manusia berfikir, maka Allah mencabar manusia dalam Surah Yasin sejauh mana kebenaran alam akhirat dengan mengkaji beberapa fakta yang telah di senaraikan oleh Allah.

Apakah Senarai Cabaran dalam Surah Yasin itu?

Surah Yasin Cabar Manusia Kaji 8 Fakta Saintifik Dalam al-Quran

  • Cabar Kaji Bumi, Tanah dan Manusia.
  • Cabar Kaji Setiap Yang Berpasangan- “……Semua makhluk yang ada di dunia ini hanyalah dunia bayangan iaitu hanyalah titik-titik cahaya yang terpancar daripada pasangan cas-cas elektrik positif dan negatif” – Jika begitu keadaannya, adakah kehidupan ini semudah menghidup dan mematikan suiz lampu?
  • Cabar Kaji Kejadian Malam dan Siang
  • Cabar Kaji Peredaran Planet Dan Cakerawala
  • Cabar Kaji Kapal Laut
  • Cabar Kaji DNA & Sains Forensik-“……Jika manusia pada hari ini boleh mengetahui identiti dan jenayah yang dilakukan oleh seseorang melalui cap jari dan kesan-kesan kerja tangan dan kaki mereka, adakah mustahil bagi Allah yang lebih awal mencipta cap jari tersebut untuk mendedahkan semula amalan mereka? “.
  • Cabar Kaji Embriologi
  • Cabar Kaji Kimia Bagaimana Rahsia Fakta Saintifik Surah Yasin didedahkan?

Klik di bawah beli Online di Shopee