FAKTA PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN DALAM AL-QURAN

Dr Sodiq al-Hilaly dan Dr Husin Ridhwan dalam e-Book mereka berdua yang bertajuk “al-I’jaz al-Ilmi Fi Ayat al-Sam’ Wa Al-Basar, menyatakan seperti berikut:

1. Dalam al-Quran, kalimah ‘pendengaran’ (السمع) serta pecahannya disebut sebanyak 185 kali. Manakala kalimah ‘penglihatan’ (البصر) serta pecahan kalimah tersebut diulang sebanyak 148 kali sahaja.

2. Apabila diperhatikan kalimah pendengaran (السمع) di dalam al-Quran pula, ia sentiasa memberikan peringatan agar mendengar kata-kata, mengamati pelbagai jenis suara serta menggunakannya sebagai alat yang berfungsi untuk memindahkan sebarang maklumat.

3. Sementara kalimah ‘penglihatan’ (البصر) pula tidak meminta kepada manusia untuk melihat cahaya, tubuh badan dan objek-objek menggunakan mata kecuali dalam 88 situasi sahaja!

4. Manakala selebihnya al-Quran menyarankan agar melakukan penglihatan menggunakan akal dan pemikiran terhadap fenomena alam dan kehidupan.

RUMUSAN

1. Dalam ayat apakah berlakunya saranan agar melihat cahaya, tubuh badan dan objek-objek yang dikatakan dalam 88 situasi sahaja? Mengapa hanya 88 situasi sahaja?

2. Apakah fenomena alam dan kehidupan yang yang disarankan oleh al-Quran agar menggunakan akal dan pemikiran?

3. Ini adalah contoh bagaimana al-Quran berinteraksi dengan ilmu sains. Anak anda yang belajar tahfiz dan belajar sains belum tentu dia faham bahasa al-Quran ini.

‪#‎Kajianbaru‬
‪#‎Quransaintifik‬

Sekian,

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Ketua Urusan Ulamak
Pas Kaw Batau Pahat
www.zulhilmei.com
www.facebook.com/ustzul